Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 4 DARIPADA 12

Tunggu



Ajarlah kita, ya Tuhan, disiplin kesabaran, kerana menunggu sering kalinya lebih susah daripada bekerja. 



—Peter Marshall 



Kebanyakan daripada kita tidak perlu menunggu lama untuk apa-apa lagi. Fikirlah betapa resahnya anda rasa apabila doktor pergigian lebih lewat daripada yang dijadualkan. Membuat anda bagai hendak gila, bukan? 



Nampaknya, Habakuk tidak suka menunggu juga. Walau bagaimanapun, ia sedar bahawa itu adalah langkah seterusnya yang perlu diambilnya jika ia mahu keluar daripada lurah berputus asa itu. Allah memberitahunya, "Sebab, penglihatan itu masih menanti waktu yang ditentukan, itu akan segera menuju kesudahannya dan tidak akan berdusta. Meski terlambat, nantikanlah itu. Sebab, itu sungguh-sungguh akan datang, itu tidak akan ditunda-tunda" (Habakuk 2:3 AVB).



Perkataan Ibrani untuk "waktu yang ditentukan" ialah mow'ed, yang memaksudkan waktu yang betul, masa yang ditetapkan, masa kudus yang dipilih oleh Allah untuk membenarkan sesuatu untuk berlaku. Terdapat satu pepatah lama yang mengatakan bahawa Allah jarang sekali awal, tidak pernah terlambat, dan sentiasanya menepati masa. Itu disimpulkan dengan perkataan mow'ed



Anda mungkin berdoa untuk tempoh yang rasanya agak lama untuk seseorang yang dikasihi untuk menerima Kristus. Jadi, anda menunggu. Anda mungkin meminta mukjizat yang berbeza daripada Allah. Agar seseorang itu disembuhkan. Agar seseorang itu dibebaskan daripada ketagihan. Untuk kenaikan pangkat. Ataupun untuk pasangan anda. Anda berdoa. Anda menunggu. 



Anda terus menunggu. 



Apabila anda menyelidik Alkitab, anda akan melihat contoh demi contoh orang yang telah dipilih oleh Allah, yang rapat dengan-Nya, yang masih menunggu. 



Allah memberitahu Musa, "Aku akan menggunakan kamu untuk membebaskan umat-Ku dan membina semula bangsa Israel." Selepas itu, Musa mengembara selama 40 tahun. Empat puluh tahun! 



Ini adalah kegemaran saya. Rasul Paulus mendapat penglihatan dan menemui Kristus. Ia telah berubah dan berkata, "Menyampaikan Injil telah menjadi kewajipan aku. Itu saja. Malanglah aku jika tidak menjalankannya. Inilah satu-satunya tujuan yang diberikan oleh Allah bagi kehidupan aku" Kemudian, ia menunggu. Tiga belas tahun sebelum tujuan itu bermula. Tiga belas tahun sebelum ia menyampaikan mesej pertamanya! 



Sesetengah musim dalam kehidupan, anda cuma menunggu.



Doa: Saya rela menunggu. Allah, apakah yang boleh saya lakukan untuk lebih mengenal-Mu sementara saya menunggu?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami