Tentang YouVersion

Kerelevanan

Bagi generasi lalu, akses kepada Alkitab memang terbatas. Kini, tidak begitu lagi. Namun, banyak orang yang dapat akses Alkitab berfikir bahawa mesej Alkitab tiada kena-mengena dengan kehidupan mereka. Pada masa yang sama, ada pihak yang percaya bahawa ada hubungan antara Alkitab dan pengalaman sehari-hari mereka.

Revolusi Maklumat

Sepanjang dekad yang lalu, Internet telah membawakan revolusi yang memperkasakan kita yang belum pernah dialami. Dengan keupayaan berkongsi, menyumbang, mencipta, menyiar dan berkomunikasi, memanglah mudah untuk menyatakan diri kita dan apa yang kita percaya dengan seluruh dunia.

YouVersion

Sejak permulaannya pada tahun 1996, tujuan Life.Church ialah memimpin orang untuk menjalani hidup yang diabdikan untuk menjadi pengikut Kristus. Dengan berbuat demikian, kami telah mencari cara baru untuk membantu orang menggunakan Alkitab dalam kehidupan harian mereka. Dengan berlalunya masa, kaedah kami berubah-ubah semasa kami menggabungkan pelbagai teknologi dan strategi. Walau bagaimanapun, pada terasnya, tumpuan kami tetaplah kerelevanan sementara kami berusaha secara konsisten untuk menunjukkan dan mengajar orang bagaimana Firman Allah berhubung kait dengan setiap orang, walau apa pun keadaan hidup mereka. YouVersion mewakili sempadan baru dalam usaha Life.Chruch. Kami bukan sahaja membina alat untuk memberikan kesan terhadap dunia ini menggunakan teknologi yang inovatif, lebih-lebih lagi, kami menggalakkan orang untuk menjalinkan hubungan dengan Allah semasa mereka menyedari kerelevanan Alkitab terhadap kehidupan mereka.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami