Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 5 DARIPADA 12

Dengan Iman



Ambillah langkah pertama dengan beriman. Kamu tidak perlu melihat seluruh tangga itu, ambillah langkah pertama. 



—Martin Luther King Jr. 



Berhubung dengan iman, penantian pasti terlibat. Saya suka cara C.S. Lewis menyatakannya: "Saya yakin bahawa Allah tidak membuat seseorang itu tunggu melainkan Dia melihat bahawa penantian itu adalah baik untuknya." Kita boleh mempercayai Allah untuk melakukan hal yang terbaik bagi kita pada masa yang betul.  



Meskipun anda terpaksa menunggu, Allah kerap memperkukuh janji-Nya kepada kita dan mengingatkan kita akan kehadiran-Nya. Ini mungkin dilakukan melalui Firman-Nya, melalui suatu bisikan, melalui seseorang, ataupun melalui kepercayaan kita dengan beriman bahawa Dia menyertai kita. 



Jika anda ingin menguatkan iman anda, kitab terbaik yang saya ketahui untuk berbuat demikian ialah kitab Ibrani. Dalam bab 11 kitab ini, kita menemui Balai Kemasyhuran Iman, satu senarai orang yang bergelut, menunggu, hidup dengan beriman, dan melihat penggenapan janji Allah. Dalam bab ini kita menemui orang yang menghadapi keadaan yang tidak dapat dipercayai—dugaan yang kelihatan mustahil—dan akhirnya mengalami tahap keintiman yang baru dengan Allah apabila mereka menyaksikan kuasa-Nya yang lebih besar.



Dengan iman, Nuh mentaati Allah dan membina bahtera, lalu menyelamatkan keluarganya. 



Dengan iman, Abraham dan Sara menerima anak lelaki yang dijanjikan oleh Allah, walaupun mereka sudah lanjut usia. Dengan iman, Yusuf mengatasi pengkhianatan, perhambaan, penuduhan palsu, dan pemenjaraan untuk menyelamatkan bangsa Israel. Dengan iman, umat Allah meninggalkan Mesir dan berjalan menyeberangi Laut Gelagah yang terbelah. Dengan iman, orang Israel berarak mengelilingi kota Yerikho, dan temboknya roboh.



Mereka ini tidaklah sempurna—sebenarnya, jauh daripada sempurna. Mereka mempunyai pergelutan dan keraguan tersendiri, kesilapan dan kecurangan tersendiri, kecacatan dan kekurangan tersendiri, tetapi mereka bertabah dalam iman mereka dan menunggu Allah berulang kali. 



Dengan iman, anda akan mengharungi ini. 



Pertimbangkan: jika anda dapat memahami segala sesuatu, anda tidak memerlukan iman. Anda boleh hidup dengan pemahaman anda sahaja. Menurut logik anda, bukan dengan iman. Namun, apabila anda tidak memahami sesuatu, itu memberikan anda peluang yang unik untuk memperdalam iman anda.



Oswald Chambers berkata, "Iman adalah keyakinan yang sengaja dalam sifat Allah yang cara-Nya pada ketika itu tidak difahami anda." 



Doa: Allah, bolehkah Engkau menambahkan iman saya melewati keperluan saya untuk memahami segala sesuatu?


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami