Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 3 DARIPADA 12

Tulis



Jika kita ingin iman kita diperkuatkan, kita tidak harus mengelak daripada peluang di mana iman kita mungkin diuji, lalu, melalui pencubaan, diperkuatkan.



—George Mueller



Bagaimana anda bereaksi apabila kehidupan menimpa anda? Apakah respons lalai anda, perkara yang dijadikan penghiburan, kelegaan, atau pelepasan? 



Mengelak daripada situasi itu hanya memburukkan keadaannya. Akhirnya kita menjadi lebih kecewa, kerana tiada apa-apa yang berubah. Kita mungkin juga rasa bersalah kerana diri kita adalah tidak cukup kuat untuk mengatasi apa jua duri yang menancap di kulit kita. Akhirnya, kita berlari semakin jauh daripada satu-satunya orang yang betul-betul dapat membantu kita. 



Sehingga kita rela berbual secara terus-terang dengan Allah, kita tidak mungkin mengenal kedamaian. Namun, bagaimana? 



Habakuk memimpin kita melalui lurah dengan tiga tindakan khusus. Pertama, Habakuk mempertikaikan ketidakadilan Allah yang nyata. Kemudian, ia membuat keputusan untuk berhenti dan mendengar Allah. Sesudah itu, ia mengambil nota. Allah memberitahu Habakuk, "Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah" (Habakuk 2:2 BM).



Mengapakah Allah mahu Habakuk melakukan itu? Pada asasnya, Allah memberitahu Habakuk, "Tulislah supaya apabila Aku membuktikan diri-Ku adil dan benar, semua orang boleh mengingati bahawa Akulah Allah yang menepati janji." 



Apabila Allah mengatakan sesuatu kepada anda, catatkannya, kerana musuh rohani anda ialah pakar mencuri benih kebenaran yang Allah mahu anda tanam. 



Anda mungkin berfikir, "Wahai Craig! Saya faham apa yang kamu katakan, tetapi saya tidak mahir menulis. Itu memanglah idea yang bagus, tetapi betulkah kamu sangka saya akan mengambil telefon, tablet saya—atau lebih gila lagi, mengeluarkan kertas dan pen—dan menuliskan apa yang saya rasa Allah sedang katakan kepada saya?" 



Betul. 



Tindakan mencatatkan kata-kata pada kertas atau skrin menghasilkan satu kesaksian, mengekalkan memori, dan membantu anda menjadi bertanggungjawab. Catatkan mesej-Nya kepada anda. 



Tindakan: Buatlah rancangan untuk menentukan cara anda akan mencatatkan nota secara tetap berhubung dengan perbualan anda dengan Allah. Kemudian, mulakannya hari ini.  


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami