Firman Allah menyertai anda.
Puluhan juta orang menggunakan Apl Bible™ untuk menjadikan Firman Allah sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Muat turun apl percuma ini dan akses bookmark, nota, dan pelan bacaan di mana jua. Nikmati ratusan versi Alkitab, termasuk audio, pada semua peranti mudah alih anda.
Muat turun Apl Bible Sekarang
YouVersion meliputi seluruh dunia
Tersedia dalam lebih daripada 1600 bahasa di seluruh dunia.
Pendapat orang tentang apl Bible yang percuma ini...
Saya sentiasa memiliki Firman.
Saya menandakan petikan yang penting kepada saya. Saya juga membaca seluruh Alkitab dalam setahun melalui pelan bacaan.
Amat disyorkan
Saya gemar keupayaan berhubung dengan kawan-kawan dan pelan bacaan Alkitab; memang menakjubkan. Aplikasi ini membantu saya untuk terus membaca kerana ia mempunyai peringatan untuk pelan. Ia juga memberikan saya cara lain untuk mendekati Allah. Muat turun ini dan bacalah setiap hari!
Apl yang hebat.
Apl yang hebat dengan pilihan Alkitab yang luas. ... Alkitab audio juga bagus dan mudah difahami.
Hebat. Sentiasa bertambah baik!
Banyak terjemahan dan bahasa yang tersedia, dan banyak antaranya boleh dimuat turun untuk dibaca di luar talian. Banyak ciri yang berguna, seperti keupayaan membuat nota dan penanda.
Aplikasi Alkitab yang terbaik!
Saya menggemari kepelbagaian versi yang sedia ada dan terdapatnya ayat-ayat harian, renungan, pelan dan komuniti. Terima kasih atas aplikasi yang percuma ini. :)
Pelbagai versi dan membaca di luar talian!
Baik kerana terdapat banyak versi berlainan dan saya boleh memuat turun beberapa versi untuk bacaan di luar talian. Saya dapat mendengar melalui apl ini.
Aplikasi yang hebat!
Membantu saya untuk lebih banyak membaca Alkitab. Saya suka ciri carian, kongsi dan pelbagai cara untuk berkongsi. Juga, menggemari versi audio.
Apl Alkitab yang terbaik!
Ini ialah apl Alkitab yang terbaik. Ia tersedia dalam bahasa dan versi yang berlainan untuk kegunaan atas talian dan luar talian. Ia mempunyai renungan untuk setiap sesuatu yang dapat anda fikirkan. Anda boleh berhubung dengan orang lain dan pada asasnya belajar tentang Allah serta Firman-Nya.
Apl yang baik
Ini merupakan alat yang baik untuk pengajian menggunakan pelbagai terjemahan. Ia juga mudah digunakan untuk mendengar Alkitab semasa memandu.