Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 12 DARIPADA 12

Apabila Anda Mempersoalkan dan Mempercayai


Daya tahan bukan sahaja keupayaan untuk mengatasi kesulitan, malah untuk mengubahnya menjadi kemenangan.


—William Barclay, paderi Scotland 


Saya tidak tahu apa yang sedang anda lalui ataupun apa yang telah anda harungi. Namun, saya tahu: Allah kita adalah Allah yang baik yang cukup mengasihi kita untuk mengorbankan Anak kesayangan-Nya, hadiah terbesar yang boleh Dia berikan kepada kita, agar kita mengenal-Nya, agar kita boleh memuliakan-Nya di dunia ini, agar kita boleh menghabiskan keabadian bersama-Nya di syurga. 


Dia mengasihi kita sebanyak itu. Kita boleh mengasihi Dia—ataupun orang lain—hanya kerana Dia mengasihi kita terlebih dahulu.


Apabila perkara yang susah berlaku, dan hal terbaik yang dapat anda lakukan adalah keinginan untuk mempercayai, itu adalah mencukupi. Jangan melepaskan keinginan untuk mempercayai. 


Biarlah bibit harapan itu untuk bertumbuh dengan mempercayai bahawa Allah ada di sisi anda. Berdoalah dan meminta Allah untuk membantu anda mengatasi ketidakpercayaan anda. Seperti Habakuk, tanyalah soalan anda, sesudah itu bersedia untuk mendengar respons Allah. 


Doa saya adalah agar anda bertumbuh untuk memiliki iman seperti Habakuk sebagaimana yang kita lihat dalam bab 3. Walau bagaimanapun: anda tidak memiliki iman seperti dalam bab 3 sehingga anda memiliki soalan seperti dalam bab 1 dan penantian bab 2. Ini disebabkan Allah kerapnya melakukan hal yang lebih rohaniah di lembah berbanding di puncak gunung. 


Saya tidak memiliki semua jawapan bagi soalan anda. Namun, setelah mengasihi Allah dan melayani Kristus untuk lebih daripada 29 tahun, inilah yang dapat saya katakan: Saya sudah berjalan bersama Yesus untuk cukup lama untuk mempercayai-Nya dengan masa depan saya. 


Adakah anda ingin bertambah rapat dengan Allah? Adakah anda inginkan keintiman dengan-Nya lebih daripada menginginkan kehidupan yang selesa, senang dan bebas masalah? 


Jika begitu, janganlah meninggalkan keinginan anda untuk mempercayai. 


Anda boleh memiliki harapan dalam kegelapan. Disebabkan apabila anda lebih mengenal Allah, Dia akan menyatakan lebih banyak kasih-Nya, kesetiaan-Nya, kasih kurnia-Nya. Dengan peredaran masa anda akan menyedari, mempercayai, dan menerima bahawa apabila kehidupan adalah sukar, Allah masihlah baik. 


Doa: Allah, saya mempercayai bahawa Engkau baik, dan saya bersedia untuk menjadi makin rapat dengan-Mu. Saya ingin bersama-Mu untuk tempoh yang panjang. Amin. 


Ketahui lebih lanjut tentang buku Craig Groeschel, Hope in the Dark.


Hari 11

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami