Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 7 DARIPADA 12

Ingat



Sekiranya kamu fikir Allah telah melupakan kamu, maka kamu telah melupakan siapa Allah itu.



—Tanpa Nama 



Ketika saya berada dalam lembah, ada kalanya saya cuma perlu ingat. Saya mengingati siapa Allah itu. 



Bab ketiga Habakuk bermula dengan lagu penyembahan yang mengakui kesukaran hidup namun mengingati segala sesuatu yang telah dilakukan oleh Allah. Ini adalah satu lagi langkah, langkah yang amat besar, dalam perjalanan keluar dari lembah itu. 



Habakuk berdoa, "Ya TUHAN, aku telah mendengar tentang perbuatan-Mu, rasa kagum memenuhi hatiku. Semoga Engkau melakukan lagi perbuatan-Mu yang ajaib pada zaman kami. Kasihanilah kami walaupun Engkau murka" (Habakuk 3:2 BM). 



Saya ingat waktu saya menuntut di kolej dan lebih sesat daripada yang dapat dibayangkan, saya telah memanggil nama Yesus, meminta-Nya—tidak, hampir mencabar-Nya, "Jika Engkau benar, dan jika Engkau ada di sini, lakukan sesuatu." Saya bertelut seadanya, dan apabila saya bangkit, saya menjadi orang yang berbeza sama sekali. 



Kemudian saya ingat bagaimana Allah telah membawa Amy ke dalam hidup saya. Saya menghargainya dan kurnia yang dijadinya dan terus menjadi kurnia bagi saya daripada Allah. 



Sesudah itu saya ingat waktu anak perempuan kami Catie dilahirkan, dan bagaimana, semasa ia berumur tiga tahun, Catie terkena pokok ivy dan seluruh tubuhnya naik bintik-bintik merah yang kecil. Sebelum masa tidur malam itu, ia memberitahu saya, "Ayah, Yesus akan menyembuhkan saya kerana saya sudah berdoa." Saya ingat saya berfikir, "Wau, memang comel. Tapi saya tidak tahu apa yang kami harus buat jika ia masih mempunyai bintik-bintik ini esok." Pada pagi keesokannya, Catie berlari ke dalam bilik kami, tidak berpakaian dan sangat gembira, menjerit, "Lihat! Lihat! Dia telah menyembuhkan saya!" 



Bintik-bintiknya hilang sepenuhnya. 



Saya ingat ketika Amy dan saya masih muda, baru memulakan pelayanan, kami tidak mempunyai duit. Kami berdoa bersama-sama, "Allah, kami tidak tahu bagaimana kami akan membeli makanan esok." Keesokan harinya, kami menerima cek wang kembalian dalam peti surat. 



Apakah yang anda lakukan apabila anda berada dalam lembah? Anda ingat apa yang telah dilakukan oleh Allah. 



Dan anda berani mempercayai bahawa apa yang pernah dilakukan-Nya, Dia akan melakukannya lagi. 



Doa: Allah, saya ingat apabila ...


Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami