Info Pelan

Harapan dalam KegelapanSampel

Hope In The Dark

HARI 1 DARIPADA 12

Di Mana Engkau, Allah? 


Manusia sukar mengakui keadaan terdesak. Apabila mereka mengakuinya, kerajaan syurga mendekat.


—Philip Yancey


Sepanjang hayat kita, kita menghadapi waktu pergelutan dengan hal rohani. Saya mengenali seorang lelaki yang isterinya selama 18 tahun dibunuh oleh seorang pemandu mabuk. Tidak lama selepas kejadian itu, saya sedang bercakap dengannya apabila ia meletup, "Allah yang baik tidak akan membenarkan orang bodoh yang mabuk membunuh isteri saya dan membiarkan si bodoh itu hidup! Saya tidak pasti Allah itu wujud. Dan jika Dia wujud, saya tidak mahu ada kena-mengena dengan Allah seperti itu." 


Saya tidak pernah mengalami kehilangan lelaki itu. Namun, saya berasa sedih bersamanya. Apatah lagi, saya dapat melihat di sebalik hatinya yang luka, ia ingin mempercayai Allah. Cumanya pada waktu itu, ia tidak dapat menyelaraskan penderitaannya dengan gambaran Allah yang ingin dipercayainya. 


Saya menulis buku dan Pelan Alkitab ini untuk orang ramai yang bergelut untuk mempercayai bahawa Allah mengambil berat terhadap mereka, terutamanya ketika mereka mendapati diri di tengah-tengah krisis. Apabila anda berjalan terhuyung-hayang melintasi lurah, memanglah sukar untuk melihat cahaya. Anda ingin percaya, tetapi anda mengalami kesulitan menyelaraskan mesej iman Kristian yang dipenuhi harapan dengan keadaan semasa anda. 


Lebih daripada 2,600 tahun lalu, Habakuk mengajukan banyak soalan sama yang masih diajukan oleh orang di seluruh dunia sekarang ini. Dalam kasih kurnia Allah, Dia telah melegakan sedikit seksa Habakuk, meskipun Dia tidak menjawab soalan yang lain. Walau bagaimanapun, di sebalik keraguannya, Habakuk bertumbuh menjadi seorang yang lebih beriman, iman yang mungkin tidak berkembang sepenuh itu jika ia tidak bergelut dengan keraguannya. Kita akan membaca ceritanya sepanjang beberapa hari seterusnya. 


Pertimbangkannya. Jika anda memahami segala sesuatu selengkapnya dan sepenuhnya, anda tidak memerlukan iman, bukan? Namun, tanpa iman, memanglah mustahil untuk menyenangkan hati Allah (Ibrani 11:6). Mengapa? Kerana iman dan kepercayaan mesti timbul daripada kasih, bukan daripada hubungan urus niaga, suatu transaksi, atau sesetengah situasi di mana kita tidak mempunyai pilihan.


Sanggupkah anda mengajukan soalan yang jujur? Sanggupkah anda bergelut? 


Lebih penting lagi, adakah anda sanggup mendengar jawapan Allah? 


Doa: Saya bersedia untuk bergelut dengan keraguan dan soalan saya. Saya bersedia untuk mendengar apa yang Engkau ingin katakan kepada saya, Allah. Amin.


Lebih banyak lagi daripada Craig Groeschel


Hari 2

Perihal Pelan

Hope In The Dark

Pelan Alkitab ini adalah untuk sesiapa sahaja yang sedang berdukacita dan tidak faham sebabnya. Jika anda pernah kehilangan sesuatu, seseorang, ataupun anda rasa iman anda diregangkan hingga sampai pada hadnya, Pelan Alk...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami