Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 7 DARIPADA 7





Terus mengembangkan harta karun kamu

"Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu." - Filipi 4:9

Kata Molly:

Terima kasih kerana kamu membenarkan saya untuk berkongsi pengajaran yang berguna daripada pengembaraan saya yang luar biasa di Pulau Whimsy.


Kamu mungkin tertanya-tanya jika saya menemui kunci untuk membuka peti harta karun itu.


Ya! Saya menemui kunci itu.


Adakah harta karun itu seperti yang dijangkakan?


Hmm... tiada emas atau kuasa ajaib di dalam peti itu. Peti itu mengandungi sesuatu yang lebih berharga dan berkuasa, tetapi itu cerita untuk hari lain.


Saya berharap kamu berseronok-seronok dengan saya, dan saya mahu mengingatkan kamu untuk melihat peti atau peta harta karun kamu bila-bila kamu rasa takut atau sedih. Ingatlah bahawa kamu mempunyai Bapa di syurga yang mengasihi kamu dan sentiasa menjaga kamu. Dia mempunyai pengembaraan yang hebat untuk kamu.


"Kamulah harta karun terbesar-Nya" - Molly

Terus mengembangkan harta karun kamu

Kamu tidak perlu berhenti mengumpul benda yang mengingatkan kamu tentang kebenaran daripada penjelajahan kita. Semakin kerap kamu menerapkan pengajaran berguna ini, semakin besar harta karun yang tersimpan dalam hati kamu. Ingatlah bahawa hati kamu ialah harta karun terbesar yang kamu miliki.


Cari harta karun setiap hari

Cari benda yang mengingatkan kamu bahawa:


  • Tiada hal yang mustahil.
  • Kata-kata kamu adalah berkuasa.
  • Kamu boleh membuat pilihan yang berkuasa.
  • Kamu memiliki kurnia dan bakat yang tersendiri.
  • Kamu boleh melihat masalah/hubungan kamu secara mendalam.

Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana Engkau sangat mengasihi kami. Engkau sentiasa menyertai kami. Tolonglah kami untuk melihat harta karun yang telah Engkau sediakan untuk kami setiap hari. Tolonglah kami untuk mempercayai Firman-Mu, mengucapkan Firman-Mu, dan membuat pilihan yang berkuasa. Tunjukkan kepada kami kurnia dan bakat tersendiri yang telah Engkau berikan kepada kami. Tunjukkan juga pengembaraan yang telah Engkau sediakan untuk kami.


Kami mengasihi-Mu.


Amin.


Hari 6

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami