Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 6 DARIPADA 7





Memandang segala sesuatu daripada perspektif syurga

“Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi.” – Kolose 3:2 BM

Kata Molly:

Amelda mengalami patah jiwa apabila saya tidak menerima tawarannya untuk membeli but itu. Dia menuduh saya yang bukan-bukan, dan menyakiti hati saya. Saya terpaksa membiarkan dia pergi kerana saya perlu melengkapkan misi saya.


Selepas saya jatuh di padang yang bertentangan dengan sekolah saya, cermin mata saya retak sedikit. Keadaan itu tidak mengganggu saya, tetapi Reginald mendesak bahawa kami harus jumpa Dr. Oscar, optometris tempatan. Kameleon yang pemalu tetapi mesra itu membaiki cermin mata saya dengan cepat.


Saya tidak percaya betapa berbezanya penglihatan saya sesudah memakai cermin mata yang baru itu. Kota Fortuitous dipenuhi kecerahan dan keceriaan. Seluruh kota itu terang dan berasa sangat gembira.


Semasa saya terserempak dengan Amelda, cermin mata ini menolong saya untuk melihat peribadi yang berperangai buruk di kedai Tikus Milady. Saya memaafkannya kerana kata-kata dan kelakuannya.


Keadaan tidak selalunya seperti yang tampak pada lahirnya. Ada kalanya kita perlu memandang secara mendalam.


“Selalu melihat melewati apa yang dapat dilihat jika kamu inginkan perspektif yang sebenar.” – Dr. Oscar

Memandang segala sesuatu daripada perspektif syurga

Ada kalanya, kita rasa macam hendak bertindak balas terhadap suatu situasi tanpa memandang secara mendalam. Alkitab mengatakan bahawa kita tidak berjuang menentang manusia tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa. Memiliki perspektif yang lebih tinggi menolong kita untuk menemui cara yang betul (dan cara yang lebih berkesan) untuk mengatasi hubungan atau keadaan yang sukar.


Adakah hubungan atau keadaan yang kamu rasa agak rumit?


Bagaimanakah kamu boleh memandang hubungan atau masalah ini daripada perspektif syurga?


Pencarian Harta Karun Hari Ini

Cari objek yang mengingatkan kamu untuk memandang keadaan secara mendalam.


  • Ayat Alkitab yang mengingatkan kamu untuk mengamalkan perspektif syurgawi
  • Kanta pembesar atau binokular.
  • Gambar kamu dan kawan karib kamu.

Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana Engkau telah membuka mata hati saya. Tolonglah saya untuk menemui perspektif yang betul dalam keadaan dan hubungan yang sukar. Tolonglah saya untuk menyedari waktu yang penting untuk memaafkan orang yang telah menyakiti saya.


Dalam Nama Yesus,


Amin


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami