Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 2 DARIPADA 7





Segala sesuatu mungkin

“Segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya.” – Yesus (Markus 9:23 AVB)

Kata Molly:

Apabila perhatian lanun itu teralilh, saya menyelinap keluar daripada kapal itu dan mula berlari ke arah kota. Saya berharap dapat berjumpa dengan seseorang yang dapat menolong saya mencari jalan pulang ke rumah. Lanun itu pastinya nampak saya telah melarikan diri kerana dia mengarahkan konco-konconya untuk mengejar saya - gorila berbelakang perak berpakaian sut jalur kecil.


Syukurlah, gorila itu tidak dapat berlari dengan cepat. Walau bagaimanapun, semasa saya sampai ke kota Fortuitous, saya dikelilingi benteng yang sangat tinggi. Pintu pagar yang dibuat daripada besi tempa yang melindungi kota itu adalah berat dan terkunci. Saya tidak tahu bagaimana hendak membuka pintu pagar itu.


Kemudian, saya menemui Semut Angus. Siapa yang dapat meneka bahawa semut yang kecil itu memiliki iman yang begitu besar? Angus menolong saya pergi ke sebelah sana pagar, betul-betul sebelum gorila dalam sut itu dapat menangkap saya. Angus mempercayai hal itu tidak mustahil, meskipun saya tidak dapat melihat sebarang jalan. Saya gembira kerana Angus beriman dan tidak berputus asa.


“Hal itu mungkin sekiranya kamu mempercayainya.” – Semut Angus

Apakah yang kamu percaya?

Yesus mengatakan bahawa segala sesuatu mungkin bagi orang yang percaya. Kepercayaan kita dibentuk oleh pemikiran kita. Memanglah penting untuk memikirkan perkara yang akan meningkatkan iman kita. Ini membina hati yang percaya walaupun dirasakan tidak mungkin.


Adakah kamu percaya bahawa segala sesuatu mungkin?


Adakah kamu menghadapi masalah yang dirasakan tidak mungkin diatasi?


Bagaimanakah kamu boleh mengubah fikiran kamu tentang masalah tersebut?


Pencarian Harta Karun Hari Ini

Cari objek yang mengingatkan kamu bahawa Allah menyertai kamu dan bahawa tiada hal yang terlalu sukar bagi-Nya.


  • Lukiskan gambar untuk disimpan dalam peti harta karun kamu atau dilekatkan pada peta kamu.
  • Tuliskan satu senarai cerita Alkitab yang menunjukkan Allah telah membantu orang mengatasi hal yang dirasakan tidak mungkin.
  • Tambahkan juga ayat Alkitab kegemaran kamu.

Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana Engkau sentiasa menyertai kami, walaupun ketika kami tidak melihat-Mu. Dengan Engkau, segala sesuatu mungkin. Tolonglah kami untuk mempercayai bahawa tiada hal adalah terlalu sukar bagi-Mu.


Dalam Nama Yesus,


Amin


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami