Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 1 DARIPADA 7





Hati kamu ialah peti harta karun kamu

Kata Molly:

Hai! Nama saya ialah Molly. Saya berasa gembira kerana kamu ada di sini, dan saya tidak sabar-sabar hendak berkongsi harta karun yang telah saya temui dalam pengembaraan aneh saya ke Pulau Whimsy.


Sesuatu yang aneh telah berlaku pada hari jadi saya yang kesepuluh. Kami bersedia untuk pergi ke sekolah apabila loceng pintu berbunyi. Posmen kami, George, datang. Dia menyerahkan satu bungkusan kepada saya. Saya membuka bungkusan itu dengan cepat. Di dalam bungkusan itu ada peti harta karun yang kecil, lebih kurang saiz kotak kasut. Saya cuba membuka peti itu tetapi peti itu dikunci dan tiada kuncinya.


Ibu tidak suka jika kami lambat ke sekolah, jadi, saya terpaksa meninggalkan peti harta karun itu di rumah. Saya tidak sabar untuk menamatkan kelas. Saya tertanya-tanya apa harta karun yang terkandung di dalam peti itu. Saya berharap peti itu dapat menyelesaikan semua masalah saya. Mungkin peti itu dapat membantu keluarga kami.


Waktu sekolah seolah-olah lebih panjang pada hari itu. Memang sukar hendak belajar. Lizzy, yang dulunya kawan karib saya, tiba-tiba enggan berkawan dengan saya. Saya tidak tahu sebabnya.


Semasa waktu rehat, dia mengatakan sesuatu tentang ayah saya, yang hilang tujuh tahun lalu. Hal ini menyedihkan saya, dan saya melarikan diri. Semasa saya berlari melintasi padang, saya tergelincir dan menghantuk kepala saya. Saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu, tetapi saya bangun di sebuah kapal lanun.


Lanun itu kelihatan pelik. Sapu tangan berjalur-jalur berwarna putih dan biru menutup rambutnya yang berwarna merah cerah yang lebih terang daripada matahari. Gula-gula marshmallow kelihatan dapat dibakar di janggutnya yang berkerlip seperti api yang membara. Penutup mata menutup mata kirinya, tetapi tidak menghalang mata kanannya daripada merenung jiwa saya. Matanya kelihatan seperti batu nilam yang biru. Senyumannya membuat saya rasa seolah-olah saya sedang menerima sejuta pelukan sekaligus.


Kapal itu berlabuh di tempat yang asing dan pelik, berdekatan dengan kota kecil bernama Fortuitous. Di sana saya menemui banyak makhluk yang menakjubkan. Mereka menolong menyediakan saya untuk satu pencarian yang amat mencabar. Saya perlu mencari rumah Ahli Sihir Agung dan berharap dia akan memberikan saya kunci untuk membuka peti harta karun itu.


Dalam perjalanan saya, saya mempelajari beberapa perkara yang amat berharga. Saya ingin berkongsi pengajaran ini dengan kamu sepanjang beberapa hari seterusnya.


Hati kamu ialah peti harta karun

Lukas 6:45 menyatakan bahawa hati kita bagaikan peti harta karun. Kita menyimpan perkara yang baik di dalamnya, ataupun kita boleh menyimpan perkara yang jahat di dalamnya. Apa jua yang kita simpan di dalam hati kita akan menentukan pengalaman dalam hidup kita.


Bagaimanakah kita menyimpan perkara yang baik di dalam hati kita? Kita boleh menyimpan perkara yang baik di dalam hati kita dengan memilih apa yang dijadikan buah fikiran kita dan apa yang kita tuturkan. Kita akan menyelami hal ini bersama-sama.


Bina peti atau peta harta karun tersendiri

Mereka bentuk dan membina peti harta karun (kamu boleh menggunakan kota kasut yang lama) atau peta harta karun (kamu boleh menggunakan sekeping kadbod yang besar atau papan visi yang boleh diletakkan banyak pin). Setiap hari, saya akan berkongsi beberapa idea tentang apa yang kamu boleh letakkan di dalam peti kamu atau lekatkan pada peta kamu. Semasa kamu berasa sedih atau takut, kamu boleh melihat harta karun kamu dan mengingati perkara menakjubkan yang tersimpan di dalam hati kamu.


Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana Engkau mengambil berat terhadap kami. Engkau telah memberikan kami hati yang berkuasa. Tolonglah kami untuk menyimpan perkara yang baik di dalam hati kami. Tolonglah kami untuk menemui harta karun dalam diri kami dan di sekeliling kami.


Kami sangat mengasihi-Mu.


Amin.


Hari 2

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami