Info Pelan

Mencari Harta Karun Dengan MollySampel

Treasure Hunt With Molly

HARI 4 DARIPADA 7





Membuat pilihan yang berkuasa

“Pada masa kita dihukum, hukuman itu membuat kita susah hati, bukannya senang hati. Tetapi kemudian, orang yang dihukum untuk menunjukkan kesalahan mereka, akan hidup menurut kehendak Allah dan mengalami kesejahteraan.” – Ibrani 12:11 BM

Kata Molly:

Pernahkah kamu dengar tentang gajah terjun udara? Saya tidak pernah juga! Sehinggalah saya memasuki Stesen Pudding dan melihat semua pencapaian menakjubkan pemilik dan jurumasak di sana, yang jugalah seekor gajah. Semasa kami meninggalkan Kedai Kata-kata, perut saya berkeroncong. Saya tidak dapat menahan keinginan untuk memakan makanan yang sedap di kedai ini.


Ada kejutan lain yang baik lagi - Amelda ada di sini. Saya gembira bertemu dengannya lagi. Dia membelanja saya. Saya makan begitu banyak sehinggakan butang seragam sekolah saya tertetas dan memecahkan salah satu piala Jurumasak El'Aphante. Sungguh memalukan.


Syukurlah, dia tidak marah. Dia menunjukkan saya gambar zaman mudanya. Dulu dia tidak langsing, sihat dan seronok seperti sekarang. Suatu ketika dahulu Jurumasak El’Aphante hanya ingin menyertai sukan ekstrem sahaja, dan kini dia ialah seorang juara.


Dia memberitahu saya bahawa keupayaan saya untuk memilih adalah berkuasa. Setiap hari, saya membuat pilihan yang membawa saya ke arah impian saya ataupun menjauhi impian saya.


“Jika kamu ingin mencapai sesuatu yang hebat dalam hidup, kamu harus berdisiplin.” – Jurumasak El’Aphante

Membuat pilihan yang berkuasa

Pilihan yang kita buat akan menentukan apa yang dicapai dalam hidup kita. Oleh itu, kita harus memastikan bahawa kita memilih hal yang baik untuk diri kita. Ini termasuk pilihan tentang apa yang dimakan, apa yang ditonton, apa yang didengar, dan apa yang dibaca.


Apakah pilihan yang kamu buat setiap hari yang menghalang/menolong kamu?


Apakah pilihan yang kamu boleh buat untuk membantu kamu mencapai harapan dan impian kamu?


Pencarian Harta Karun Hari Ini

Cari objek yang mengilhami kamu untuk bekerja keras dan berdisiplin.


  • Sijil atau piala daripada pencapaian lepas.
  • Lukiskan gambar tentang impian masa depan kamu.
  • Sesuatu yang akan mengingatkan kamu untuk membuat pilihan yang sihat (mungkin batu daripada pengembaraan berjalan kaki yang pernah disertai).

Marilah Kita Berdoa

Bapa di syurga,


Terima kasih kerana Engkau memberikan saya Roh kuasa, kasih, dan kawalan kendiri. Terima kasih kerana Roh Kudus yang menolong saya untuk membuat pilihan yang baik, meskipun ketika saya berasa letih atau lemah.


Dalam Nama Yesus


Amin


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Treasure Hunt With Molly

Adakah anak anda memerlukan dorongan keyakinan dan iman dalam diri mereka sebagaimana yang telah dicipta oleh Allah? Sertai kami dalam pengembaraan untuk menemui harta karun di hati anda. Bina peti yang dipenuhi harta ka...

More

Kami berterima kasih kepada Meliza Farndell kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.melizafarndell.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami