Info Pelan

Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel

Living Changed: After Divorce

HARI 7 DARIPADA 7

Kebebasan


Yesus datang untuk memberikan anda hidup yang kelimpahan. Walau bagaimanapun, anda mempunyai musuh yang hendak mencuri hidup yang indah itu daripada anda dan mahu anda untuk terus tenggelam dalam keseksaan, kepahitan dan rasa malu. Persoalannya ialah apakah warisan yang anda ingin tinggalkan? 


Keluarga saya mempunyai banyak perkahwinan yang renggang. Ibu bapa saya bercerai semasa saya berusia 8 tahun, dan datuk serta nenek saya daripada sebelah ibu dan bapa saya juga bercerai beberapa kali. Saya bersumpah bahawa saya tidak akan bercerai, tetapi apabila ia berlaku kepada saya, saya tidak cukup berusaha untuk mengubah diri dan menyelamatkan perkahwinan saya. Selepas bercerai, saya membuat keputusan bahawa ia harus dihentikan. Dengan bantuan Tuhan, kerenggangan dalam keluarga saya berakhir dengan saya. 


Langkah pertama saya ialah mencari penyembuhan–bukan penyembuhan perceraian sahaja malah penyembuhan pelbagai luka sepanjang hidup saya yang menyebabkan isu dalam hubungan saya. Saya perlu memaafkan luka lama, mula mengasihi diri sendiri yang telah dicipta oleh Tuhan, dan belajar mengasihi orang lain tanpa menempatkan harapan yang tidak realistik terhadap mereka. Dengan kaunseling, banyak berdoa, dan komuniti orang percaya yang kukuh di sekeliling saya, saya menjadi seorang yang lebih sihat.


Apabila saya mulai berpacaran lagi, saya berhati-hati supaya tidak mengamalkan tabiat lama. Saya sedar jika saya inginkan perkahwinan yang berbeza, saya perlu berpacaran secara berbeza. Saya mencari bukti buah Roh dan bukannya kata-kata yang mengangkat atau niat baik sahaja. Kami menetapkan batasan demi melindungi kesucian hubungan kami. Kami melayan di gereja, mengkaji Alkitab bersama-sama, dan berdoa untuk satu sama lain. Dia memahami bahawa saya hendak melindungi warisan saya dan dia ingin menyertai saya.


Hidup dalam kebebasan yang diperoleh melalui kematian Yesus bermaksud anda rela memaafkan orang lain, menyerahkan keremukan anda kepada Tuhan, dan menempatkan identiti anda dalam-Nya. Jangan percaya kata-kata karut bahawa anda ialah barang yang bercacat yang tidak diinginkan oleh sesiapa pun. Itu tidak benar. Tuhan mengasihi anda jauh lebih daripada yang dapat anda bayangkan dan Dia memperbaharui segala-galanya. 


Sekiranya anda membenarkan-Nya, Tuhan akan menyembuhkan anda dan mengacu anda menurut gambar-Nya. Orang lain akan tertarik oleh harapan, kedamaian dan sukacita Yesus yang bersinar dari dalam diri anda. Apabila itu berlaku, jangan terima apa-apa yang kurang daripada hal terbaik yang telah disediakan oleh Tuhan untuk anda. Cara anda berpacaran adalah penting kepada Tuhan. Cara anda mengasuh anak adalah penting kepada Tuhan. Pilihan anda berkenaan dengan menggunakan pengalaman anda dan membantu orang lain adalah penting kepada Tuhan. Anda meninggalkan warisan, dan anda memilih apa warisan itu. Saya berdoa agar anda memilih untuk hidup dalam kebebasan yang ditawarkan oleh Yesus kepada anda.


Tuhan, terima kasih kerana siapa Engkau itu dan kerana segala sesuatu yang telah Engkau lakukan untuk saya. Bantulah saya untuk menerapkan apa yang telah saya belajar daripada Pelan Alkitab ini dalam hidup saya. Bantulah saya untuk memaafkan orang lain. Sembuhkan luka lama saya dengan sempurna. Bantulah saya untuk menyedari bahawa saya betul-betul dikasihi dan dicari oleh-Mu. Berilah saya harapan untuk masa depan dan iman untuk mempercayai bahawa Engkau mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi saya. Gunakan hidup saya untuk membantu orang lain dan memuliakan nama-Mu. Tuhan, saya mahu diubah. Tunjukkan kepada saya cara untuk hidup dalam kebebasan-Mu. Dalam nama Yesus, Amin!


Kami berdoa agar Tuhan telah menggunakan pelan ini untuk melayani hati anda.
Terokai Pelan Alkitab Living Changed yang lain
Ketahui Lebih Lanjut tentang Changed Women's Ministries


Hari 6

Perihal Pelan

Living Changed: After Divorce

Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tid...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami