Info Pelan

Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel

Living Changed: After Divorce

HARI 3 DARIPADA 7

Peranan Anda



Apabila suatu perkahwinan berakhir, memanglah biasa untuk mengenang kembali dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Kita inginkan penerangan yang jelas, seolah-olah itu akan mengurangkan kesakitan itu. Jika kita mengetahui sebabnya, kita boleh sembuh dan meneruskan hidup. Memanglah mudah untuk bertanya. Hal yang sukar ialah mengakui bahawa kedua-dua pihak yang terlibat itu bersalah. Sama ada kita bersikap suka berdebat atau pasif, kita memainkan peranan dalam memusnahkan hubungan kita.



Apabila suami saya meninggalkan saya, dia meminta saya agar tidak menghubunginya selama dua minggu. Dia sentiasa ada bersama dengan saya, sehinggakan saya tidak tahu bagaimana saya mungkin tahan tidak menghubunginya untuk dua hari, apatah lagi selama dua minggu. Namun, saya ingin menghormati permintaannya, saya menganggap jika saya berbuat demikian, dia mungkin akan merindui saya lalu mengubah fikirannya.



Dalam tempoh yang terseksa ini, saya membuat keputusan untuk membuat sesuatu yang memanfaatkan. Saya sedar bahawa saya juga menyumbang kepada keruntuhan hubungan kami dan saya tidak selalu melakukan hal yang betul. Maka, saya mengetepikan sikap terlalu optimistik saya dan meneliti peranan saya dalam keputusan suami saya bahawa perkahwinan kami sudah berakhir.



Saya mengenang kembali waktu saya menghamun dia kerana meninggalkan kasutnya di atas tangga. Waktu saya mengejek dia di depan kawan dan rakan sekerjanya. Waktu saya mempersoalkan kecerdasan dan meragui kemampuannya secara terbuka. Memang sukar untuk mengakuinya tetapi saya menyedari bahawa saya ialah seorang isteri yang sering memalukan suaminya.



Tuhan telah menggunakan kesedaran itu untuk membuat saya rendah diri. Saya bukan seorang isteri yang sempurna seperti yang dianggap oleh diri saya, sebaliknya saya menyumbang kepada suasana rumah yang toksik, menyebabkan kami untuk tidak berasa selamat untuk menjadi diri sendiri yang sebenarnya. Sikap suka berkonfrontasi saya untuk mengawal segala-galanya telah mengikis kepercayaan dan rasa hormat daripada perkahwinan kami secara beransur-ansur. Saya sedar bahawa jika saya mahu menjalinkan hubungan yang sihat, saya perlu menerima ketidaksempurnaan orang lain. Saya perlu mengawal lidah saya dan mengucapkan kata-kata yang membangkitkan semangat. Saya memohon kepada Tuhan supaya membantu saya menjadi seorang isteri yang menyayangi, menghormati dan memuliakan suami saya dengan baik.



Mungkin cerita saya kedengaran serupa dengan cerita anda dan sikap suka mengawal setiap orang dan setiap perkara anda merenggangkan hubungan anda. Mungkin kesilapan anda ialah memilih untuk mengelakkan masalah anda dengan aktiviti membeli-belah, berparti, atau berlaku curang. Mungkin anda menghabiskan masa anda untuk melayani orang lain dan tidak membuka diri untuk hubungan yang sebenar dengan mereka. Mungkin anda sentiasa mengetepikan keperluan diri supaya anda boleh mengekalkan ketenangan dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Semua kaedah tersebut adalah tidak sihat dan tidak membawa kepada hubungan yang lebih kukuh.



Walau apa pun sebab perkahwinan anda berakhir, Tuhan mahu menggunakan sakit hati anda untuk kebaikan anda. Sekiranya anda membenarkan Dia untuk berbuat demikian, Dia akan menyingkirkan sikap suka mengawal, menurut hati, kesibukan atau bersembunyi anda. Dia akan menyembuhkan anda supaya menjadi diri anda yang lebih kuat dan lebih penyayang. Mintalah Tuhan untuk mendedahkan cara anda boleh menjadi lebih menyerupai Dia dan lebih mengasihi orang lain di sekeliling anda.



Tuhan Bapa, saya mengakui bahawa saya tidak sempurna. Saya memerlukan Engkau setiap hari dalam hidup saya. Ambillah kesombongan saya dan dedahkan kesilapan yang sering saya lakukan dalam hubungan saya. Sembuhkan luka saya yang membuat saya melukai orang lain. Tunjukkan kepada saya cara untuk mengasihi, menghormati dan memuliakan orang lain. Jadikan saya lebih menyerupai-Mu supaya saya dapat mengasihi orang lain dengan lebih berani, sengaja dan penuh kasih sayang. Bantulah saya untuk menjadi wanita sebagaimana yang dicipta-Mu. Dalam nama Yesus, Amin!


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Living Changed: After Divorce

Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tid...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami