Info Pelan

Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel

Living Changed: After Divorce

HARI 2 DARIPADA 7

Identiti 



Salah satu persoalan hidup yang paling biasa ialah, “Siapakah saya?” Sesetengah orang menghabiskan seluruh hayat mereka mencari-cari jawapan untuk persoalan ini, cuba mencarinya melalui hobi, kerjaya, atau pilihan yang lain. Namun, apabila kita merujuk Alkitab, kita menyedari bahawa jawapannya mudah sahaja. Kita ialah anak Tuhan. 



Apabila kita berpegang teguh pada identiti kita sebagai anak Tuhan, kita tidak perlu mencari pengesahan dalam perlakuan kita atau dalam fikiran orang lain tentang kita. Kita tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan kasih sayang, sebab dalam Yesus, kita sudah dikasihi sehingga melimpah-ruah. Walau bagaimanapun, semasa kita lupa akan kebenaran ini, hidup kita akan dilanda kekeliruan dan kekucar-kaciran.



Bagi sebahagian besar hidup saya, saya mengharapkan persetujuan lelaki di sekeliling saya. Saya mahu lebih disayangi oleh bapa saya. Saya mahu menarik perhatian bos saya. Saya mengidamkan kasih sayang setiap pemuda yang saya minati. Saya mahu diperhatikan, dikasihi, dan hidup bahagia selama-lamanya. 



Saya membawa keperluan pengesahan dan pemujaan ini ke dalam perkahwinan saya. Saya suka menjadi seorang isteri, namun saya sering berasa tidak yakin. Saya selalu berusaha untuk kelihatan cantik, menjaga kekemasan rumah, dan memasak makanan yang sedap pada setiap hujung minggu sementara berkerja lebih daripada 40 jam setiap minggu. Saya menumpukan seluruh perhatian pada menyembunyikan keadaan yang sebenarnya. Menjadi seorang isteri merupakan teras identiti saya, dan apabila perkahwinan ini berakhir, saya berasa sesat. 



Demi memenuhi kekosongan itu dengan identiti yang baru, saya memutuskan untuk mencari semula diri saya. Maka, saya mencuba pelbagai perkara yang baru seperti memakan sotong kurita, melengkapkan larian 5K saya yang pertama, dan mencabar aktiviti zipline untuk mengatasi ketakutan terhadap tempat tinggi. Namun, antara semua ini, hal terbaik yang saya lakukan, setakat ini, ialah memilih untuk melabur dalam hubungan yang lebih akrab dengan Yesus. Saya membaca Alkitab dengan lebih kerap, menumpukan perhatian pada pelayanan di gereja, dan meluangkan masa untuk berdiam dalam kehadiran Tuhan. Apabila saya berbuat demikian, saya menyedari siapa saya ini. Saya ialah anak kesayangan Tuhan. Saya tidak memerlukan seorang kesateria yang mengisytiharkan cinta yang abadi terhadap saya. Yesus sudah mengorbankan diri-Nya di salib supaya saya boleh hidup. Itulah hidup bahagia untuk selama-lamanya!



Tuhan juga mengasihi anda dengan kasih berterusan tersebut. Biarlah itu meresap ke dalam fikiran anda. Dia tidak akan mengecewakan anda, tidak akan menghampakan anda, dan tidak akan meninggalkan anda. Tuhan tidak akan berhenti daripada mengasihi anda ataupun hilang minat terhadap anda, dan Dia juga tidak akan memilih orang lain untuk menggantikan anda. Dia sentiasa menyertai anda dan sentiasa mengingatkan anda bahawa anda milik-Nya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang–dan bahawa Dia adalah memadai. Mengetahui siapakah anda dalam Kristus akan memberikan anda kekuatan untuk menjadi diri sendiri, ketenteraman semasa mengharungi ribut taufan hidup dan harapan untuk masa depan. 



Tuhan, terima kasih kerana kasih sayang-Mu yang sebegitu luas terhadap saya. Terima kasih kerana Engkau sungguh mengasihi saya sehinggakan saya tidak perlu mencari kasih di tempat yang salah tetapi boleh yakin dalam diri saya sebagaimana yang dinyatakan oleh-Mu. Ampunilah saya kerana saya cuba memenuhi kekosongan hidup saya dengan perkara lain dan bukannya Engkau. Bantulah saya untuk mengingat bahawa saya milik-Mu dan tidak perlu mencari perkara yang lain. Terima kasih atas janji-Mu bahawa Engkau tidak akan meninggalkan saya dan bahawa Engkau melakukan segala sesuatu demi kebaikan saya. Saya mempercayai-Mu, Yesus. Amin.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Living Changed: After Divorce

Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tid...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami