Info Pelan

Kehidupan Terubah: Selepas PenceraianSampel

Living Changed: After Divorce

HARI 4 DARIPADA 7

Pemaafan 



Sebagai seorang Kristian, memaafkan seseorang yang telah menyinggung perasaan kita merupakan satu perkara yang paling sukar. Ia seolah-olah suatu bukit yang tidak dapat didaki. Semakin teruk luka kita, semakin sukar untuk mendaki bukit itu. Namun, Tuhan kita adalah lebih besar daripada mana-mana situasi. Ketika kita menyerahkan kepahitan kita kepada Dia, Dia membantu kita untuk memaafkan orang lain. 



Pada suatu masa, saya telah menyakinkan suami saya untuk menghadiri kaunseling perkahwinan. Saya berasa kecewa ketika mendengar dia menceritakan lingkungan hubungan kami yang bermasalah tanpa mengambil kira saat-saat yang bahagia. Saya berasa diri saya berusaha sedaya-upaya untuk memperbaik perkahwinan kami tetapi dia pula tidak berusaha langsung.



Apabila suara dalam kepala saya menjadi semakin marah, pahit dan sombong, loceng kecemasan berbunyi. Saya sedar bahawa sikap saya tidak akan menyenangkan hati Tuhan. Sebagai pengikut Kristus, kita dipanggil untuk bersikap rendah hati dan mengasihi orang di sekeliling kita, termasuk orang yang tidak mudah dikasihi dan orang yang telah menyakiti kita. Saya tahu saya perlu memaafkan suami saya dan berbelas kasihan terhadapnya, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian. Saya mahu menghukumnya kerana memutuskan hubungan kami. 



Walaupun demikian, saya memaksa diri supaya tidak menaruh rasa geram terhadapnya dan memaafkannya. Saya melangkah berat mengatasi perasaan sakit hati saya. Semasa saya menemui luka yang dalam, saya terus memohon kepada Tuhan untuk menggantikan sakit hati saya dengan penyembuhan-Nya sehingga suatu hari, saya menyedari bahawa saya tidak marah lagi. Saya tidak menaruh dendam terhadap suami saya lagi. Sebaliknya, saya bersimpati terhadapnya dan berharap dia disembuhkan oleh Yesus seperti saya. Akhirnya, saya berupaya melepaskan beban yang membebankan saya dan saya memaafkannya.



Saya tidak tahu pengalaman anda, namun, saya tahu bahawa pemaafan ialah jalan terbaik anda untuk maju ke depan. Mungkin anda perlu memaafkan suami anda kerana memecahkan kepercayaan anda, gagal melindungi hati anda atau tidak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan anda. Mungkin Tuhan mahu anda memaafkan perempuan simpanan itu kerana Dia mengasihinya sebanyak Dia mengasihi anda. Mungkin anda menghadapi masalah memaafkan diri kerana apa yang telah anda lakukan yang menyebabkan keruntuhan perkahwinan anda. 



Walau apa pun keadaan anda, Tuhan sedang menunggu anda untuk menyerahkan semuanya kepada-Nya. Dia ingin mengalihkan kesakitan, kekesalan dan kemarahan anda, dan menggantikannya dengan ketenteraman dan sukacita-Nya. Memaafkan seseorang tidak bermaksud semua yang berlaku itu adalah okey atau tidak penting. Ia merupakan ketaatan yang membolehkan Tuhan untuk menyembuhkan anda. Melalui pemaafan, Tuhan membebaskan anda daripada kesengsaraan masa lalu supaya anda dapat maju ke arah kehidupan berkelimpahan yang disediakan oleh Dia untuk anda.



Tuhan Bapa, hati saya terluka. Saya memilih untuk menyerahkannya kepada-Mu dan memohon agar Engkau menyembuhkan hati saya. Bantulah saya untuk menempatkan kepercayaan saya dalam kebenaran-Mu dan memilih kasih kurnia dan belas kasihan bukannya kemarahan dan dendam. Tunjukkan cara untuk memaafkan orang lain, walaupun saya tidak ingin berbuat demikian. Bantulah saya untuk berbelas kasihan terhadap orang lain sebagaimana Engkau berbelas kasihan terhadap saya. Hiburkan hati saya, pimpinlah saya, berikan saya ketenteraman dan sukacita-Mu. Dalam nama Yesus, Amin.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Living Changed: After Divorce

Penceraian memilukan hati Tuhan. Dia tidak suka melihat kita menderita dan berpaut pada rasa bersalah, malu, dan takut. Dia mahu kita untuk menerima kasih kurnia-Nya dan mengetahui bahawa kita dikasihi, dihargai, dan tid...

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami