Info Pelan

Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 6 DARIPADA 7

“TINDAKAN – Masa untuk Bangkit”

Tindakan adalah bahagian di mana kebanyakan daripada kita menghadapi kesulitan. Kita tahu perkara yang perlu dilakukan, kita telah menaiki platform, tetapi kita tidak dapat bergerak. Mencapai kesedaran dan bersifat jujur tentang perkara yang perlu dilakukan ialah satu perkara, bertindak ialah satu perkara yang lain. Dalam Lukas 15:20, kita membaca frasa ringkas yang mengubah cerita Anak yang Sesat. Yesus cuma mengatakan, “Maka bangkitlah ia…”

Dia mengambil tindakan segera. Dia menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk bangkit. Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu. Melainkan cerita kita berbunyi, “Maka bangkitlah ia,” tiada apa-apa yang berubah.

Di sinilah AHA tertegun bagi kebanyakan daripada kita. Kita mengalami waktu kesedaran, kita juga menemui kekuatan untuk bersifat jujur dengan pahit, tetapi kita tidak melakukan apa-apa yang berbeza. Kita menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan kita tersekat antara kejujuran dan tindakan.

Anda mungkin membaca ini dan berfikir, “Saya bersetuju dengan kamu, tetapi saya malas hendak melakukan apa-apa tentangnya.”

Ia mungkin kedengaran agak dingin, ataupun sedikit lapuk; walau bagaimanapun, kebenarannya adalah kita perlu mentaati Allah walaupun semasa kita rasa malas. Apabila kita mentaati Allah walaupun tanpa motivasi untuk berbuat demikian, perasaan kita akan diselaraskan dengan tindakan kita.

Lihat semula pelan permainan anda untuk perubahan yang perlu dibuat. Anda mungkin pernah menghasilkan senarai, sama ada secara bertulis ataupun dalam fikiran anda, dan anda tahu kandungannya. Kenal pasti langkah pertamanya, seperti yang ditunjukkan Anak yang Sesat, “Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku…” Dia sedar apa yang perlu dilakukannya, dan melaksanakannya. Tentukan langkah pertama anda dan bertindak sekarang, sama ada anda ingin melakukannya atau tidak. Dan anda mungkin mendapati dalam perjalanan itu, dengan bantuan Allah, tindakan yang kelihatan dibuat-buat pada mulanya boleh menjadi benar.

* Adakah anda disedarkan, dan bersifat jujur kepada diri sendiri, tetapi tidak mengambil tindakan yang perlu? Apakah langkah pertama yang boleh anda ambil untuk memulakan tindakan itu?

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/aha/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami