Info Pelan

Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 1 DARIPADA 7

“Resipi untuk AHA”

Isteri saya memiliki sebuah buku masak di rumah, hadiah hari perkahwinan kami. Ia bertajuk “Buku Masak Tiga Ramuan.” Dia jarang menggunakannya. Apabila dia masak, biasanya lebih daripada tiga ramuan digunakan. Kebenarannya adalah sayalah yang menggunakan “Buku Masak Tiga Ramuan” ini.

Kalau berkesempatan dibenarkan memasuki dapur, buku masak ini adalah buku panduan memasak saya, kerana secara jujur, tiga ramuan adalah had keupayaan memasak saya. Salah satu perkara yang saya pelajari dengan cara yang susah semasa menggunakan Buku Masak Tiga Ramuan ini adalah semua ramuan adalah perlu—tidak, ia penting sama sekali.

Ini merupakan kelemahan Buku Masak Tiga Ramuan ini. Anda tidak boleh menipu. Jika anda menggunakan dua ramuan sahaja, ia tidak berhasil.

Demikian juga dengan pengalaman AHA.

Saya telah mendengar ratusan pengalaman AHA—jika bukan ribuan pengalaman—orang bertahun-tahun. Saya telah mengkaji banyak pengalaman transformasi tokoh-tokoh penting dalam Alkitab. Dengan kekonsistenan yang ketara, AHA sentiasa mempunyai tiga ramuan. Jika mana-mana daripada ramuan ini hilang, ia akan membantutkan proses transformasi tersebut:

(1) Kesedaran Mengejut (2) Kejujuran yang Pahit (3) Tindakan Segera [Awakening (Kesedaran), Honesty (Kejujuran), Action (Tindakan) = AHA]

Jika wujudnya kesedaran dan kejujuran, tetapi tiada tindakan, maka, AHA tidak berlaku.

Jika wujudnya kesedaran dan tindakan, tetapi kejujuran tidak diendahkan, AHA tidak kekal lama.

Walau bagaimanapun, apabila Firman Allah dan Roh Kudus menyatukan tiga perkara ini dalam kehidupan anda, anda akan mengalami AHA—detik yang diberikan Allah, yang mengubah segala sesuatu.

* Adakah anda bersedia untuk detik AHA yang mengubah anda? Adakah anda bersedia untuk mengalami tiga langkah dalam proses ini?

Hari 2

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/aha/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami