Info Pelan

Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 2 DARIPADA 7

“KESEDARAN - Sedarlah”

Kita kerap terlepas penggera yang berbunyi dalam kehidupan kita kerana kita tidak peka terhadapnya. Penggera hap yang lembut tidak berkesan—penggera yang membingarlah yang akan membangunkan kita. Maka, daripada memberikan respons awal terhadap penggera itu, kita asyik menekan butang tunda. Penggera menjadi semakin kuat dan tidak menyenangkan sehingga kita tidak dapat mengetepikannya lagi. Jadi, kita bangun, menggosok-gosok mata, memandang sekeliling dan nampak babi anak yang sesat di sekeliling kita, dan tertanya-tanya bagaimana ini terjadi.

Soalan saya kepada anda adalah: Adakah terdapat penggera yang sedang berbunyi dalam kehidupan anda sekarang?

Dalam Alkitab, terdapat beberapa contoh di mana Allah membunyikan penggera. Sering kali, penggera berbunyi pada awalnya untuk membangunkan kita sebelum keadaan menjadi parah. Ada kalanya, kita rasa kita perlu berada pada titik terendah dalam hidup sebelum kita akan sedar, tetapi bagaimana kalau Allah sedang cuba membangunkan anda sekarang untuk menyelamatkan anda daripada patah hati di Negeri yang Jauh kemudian?

2 Tawarikh 36:15 berbicara tentang cara Allah membunyikan penggera untuk memberikan amaran kepada umat-Nya. Ungkapan “dibangunkannya pagi-pagi” (TL) tidak bermaksud Allah bangun awal. Sebaliknya, ia difahami dengan sebaik-baiknya sebagai “mengambil tindakan awal.” Dalam konteks ini, ia bermaksud Dia membunyikan penggera sebaik sahaja masalah dikesan.

Sesudah itu, kita membaca sebab Dia memberikan amaran: “… karena Ia sayang kepada umat-Nya…” (TB). Penggera ini adalah untuk kebaikan kita, kerana Allah mengasihi kita.

* Adakah terdapat penggera yang diketepikan anda, memilih untuk menunda daripada bangun? Bolehkah anda mengingati masa di mana Allah telah memberikan anda amaran awal untuk menyelamatkan anda daripada patah hati/dosa kemudian?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/aha/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami