Info Pelan

Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 3 DARIPADA 7

“KESEDARAN – Memadamkan Kebuluran”

Baru-baru ini, saya telah membaca tentang sebuah eksperimen yang dijalankan oleh ahli psikologi Jonathan Haidt. Dia telah mengemukakan satu latihan hipotesis:

Peserta diberikan ringkasan tentang kehidupan seseorang dan diminta membacanya. Sesudah itu, para peserta diminta membayangkan bahawa orang itu ialah anak perempuan mereka. Ini adalah kisah hidupnya yang tidak dapat dielakkan. Dia belum dilahirkan, tetapi akan dilahirkan tidak lama lagi. Mereka juga diberikan pemadam, yang boleh digunakan untuk menghapuskan apa-apa sahaja yang diingini daripada kehidupan anak itu.

Persolannya bagi para peserta adalah: Apakah yang akan dipadamkan dahulu?

Kebanyakan daripada kita akan mengikut gerak hati dan dengan terburu-buru mula memadamkan ketidakupayaan pembelajaran dan kemalangan lalu lintas dan cabaran kewangan. Kita mengasihi anak-anak kita dan mahu mereka hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dan halangan tersebut. Kita lebih suka jika kehidupan anak kita adalah bebas daripada kesakitan dan keseksaan.

Walau bagaimanapun, tanyalah diri sendiri: Adakah itu betul-betul hal yang terbaik?

Adakah kita betul-betul rasa kehidupan istimewa yang berjalan lancar akan membuat anak kita lebih gembira? Bagaimana kalau anda memadamkan keadaan sukar yang akan membangunkan mereka untuk berdoa? Bagaimana kalau anda memadamkan kesusahan yang akan menunjukkan mereka cara bersukacita dalam sebarang keadaan sekalipun? Bagaimana kalau anda memadamkan sesetengah kesakitan dan penderitaan yang akan menjadi mangkin yang digunakan Allah dalam kehidupan mereka untuk membuat mereka berseru kepada-Nya? Bagaimana kalau anda memadamkan satu keadaan sukar yang akan membangunkan mereka kepada tujuan Allah bagi kehidupan mereka?

Ia mungkin kedengaran keras, tetapi sebab utama pertumbuhan rohani bukanlah khutbah, buku, atau kumpulan kecil; sebab utama pertumbuhan rohani adalah keadaan yang sukar. Saya boleh berkata demikian kerana pengalaman peribadi, pembacaan tinjauan pertumbuhan rohani, dan bukti anekdot selepas bercakap dengan ribuan orang selama bertahun-tahun. AHA timbul daripada penderitaan, halangan, dan cabaran kehidupan. Ramai orang boleh mengenang satu waktu sebagai waktu kesedaran rohani mereka yang terbesar.

* Bilakah dalam kehidupan anda yang anda mengalami pertumbuhan rohani yang terbesar? Adakah terdapat waktu yang senang-lenang, ataupun adakah terdapatnya masa yang susah? Adakah Allah cuba membantu anda bertumbuh sekarang melalui beberapa dugaan atau keadaan yang sukar?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/aha/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami