Info Pelan

Transformasi Anak yang Sesat dengan Kyle IdlemanSampel

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

HARI 5 DARIPADA 7

“KEJUJURAN – Kejujuran yang Membawa Penyembuhan”

Kebanyakan orang Kristian memahami dan menerima kepentingan kejujuran, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah. Dalam 1 Yohanes, Alkitab memberitahu kita bahawa apabila kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. Alkitab juga menyatakan bahawa Yesus menanggung hukuman yang patut kita terima apabila Dia mati pada salib. Yesus mati kerana dosa saya, supaya apabila saya mengakuinya, Allah mengampunkan dosa itu.

Biasanya, kita memberitahu diri bahawa ia tidak perlu melewati itu: “Jika saya jujur dengan diri dan Allah, itu sudah memadai.” Namun, AHA memerlukan lebih daripada itu.

Yakobus 5:16 berbicara tentang saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, “supaya kamu disembuhkan.” Apabila kita bersifat jujur dengan Allah tentang dosa kita, Dia mengampunkan kita, tetapi apabila kita bersifat jujur dengan orang lain, kita akan disembuhkan.

Apakah yang dimaksudkan “penyembuhan”?

Amalan mengakui dosa kepada satu sama lain menganggap kita bertanggungjawab dan membantu kita menemui dorongan yang diperlukan untuk memutuskan kitaran pergumulan kita. Apabila kita mendedahkan perkara yang disembunyikan dengan tegas, kita mendapati perkara itu kehilangan sebahagian besar kuasanya terhadap kita.

Dan penyembuhan yang dikatakan oleh Yakobus adalah lebih harfiah daripada yang difikirkan. Lihat ini: Sebuah buku teks psikologi sekular kontemporari yang bertajuk Coping with Stress mengesahkan kuasa penyembuhan pengakuan. Penulisnya mendakwa bahawa, “biasanya, orang yang cenderung menyimpan rahsia mempunyai lebih banyak rungutan fizikal dan mental daripada orang yang tidak menyimpan rahsia… [including] kebimbangan yang lebih banyak, kemurungan, dan simptom jasmani seperti sakit belakang dan sakit kepala… Kelegaan yang timbul daripada mendedahkan aspek diri yang berahsia kerapnya jauh lebih penting daripada perasaan malu yang dialami pada awal pengakuan.”

Amsal 28:13 menggemakan dapatan ini: “Sesiapa menyembunyikan dosanya tidak akan berjaya dalam hidupnya. Sesiapa mengakui dan meninggalkan dosanya, akan dikasihani Allah.”

* Bagaimanakah tindakan mengakui dosa anda kepada orang lain membantu anda pada masa lalu? Adakah terdapat apa-apa dosa rahsia yang anda pendamkan dan tidak rela didedahkan?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Prodigal Son Transformation With Kyle Idleman

Dipetik daripada bukunya "AHA," sertai Kyle Idleman ketika dia membongkar 3 unsur yang membolehkan kita untuk menghampiri Allah dan mengubah kehidupan kita buat selama-lamanya. Adakah anda bersedia untuk detik Allah yang...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada David C Cook kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.dccpromo.com/aha/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami