Info Pelan

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 4 DARIPADA 36

Ditenagakan oleh Hadirat-Nya


Prinsip Hidup 4: Kesedaran akan hadirat Allah memberikan tenaga kepada kerja kita.


Jika anda seorang Kristian, Yesus Kristus adalah penyelia di tempat kerja anda—dan Dia bukan sahaja memerhatikan anda dari jauh, Dia ada di sisi anda. Anda dan saya perlu bekerja sepenuh masa, tanpa menghiraukan pendapat kita tentang keadilan pihak pengurusan. Yesuslah yang kita layani, dan Dia sentiasa hadir. Anda dan saya harus melakukan yang terbaik kerana Roh Kudus hadir, melengkapkan dan memberikan tenaga kepada kita.

Kita melakukan kesilapan yang besar dengan membahagikan kehidupan. Kita mungkin fikir hari Isnin hingga hari Jumaat adalah hari bekerja, hari Sabtu adalah waktu bersantai, dan hari Ahad kita menyembah. Allah tidak mereka bentuk kehidupan sedemikian. Jika Yesus Kristus ialah Juruselamat kita, kita tidak boleh mengecualikan Dia daripada mana-mana bahagian hidup kita. Ianya tidak betul untuk mengajar kelas Sekolah Minggu dengan sepenuh hati, kemudian menyimpang dalam pekerjaan pada hari lain—kita mesti menghormati dan memuliakan Dia dalam apa pun yang kita lakukan. Ia menghapuskan godaan untuk melakukan pekerjaan sekadar untuk dilihat oleh orang lain apabila kita melakukan pekerjaan dengan sepenuh hati untuk Yesus (Mat. 6:24).


Adakah saya memaksudkan bahawa kerja biasa anda jugalah kerja Tuhan? Ya! Pelayanan bukan setakat apa yang anda lakukan di gereja. Anda menyembah Allah setiap hari sepanjang minggu—pada hari Ahad, anda melakukannya di gereja; pada hari Isnin hingga Jumaat, anda menunjukkan kesetiaan anda kepada-Nya dengan melakukan pekerjaan dengan baik di tempat kerja. Status anda yang tinggi sebagai anak Allah menaikkan taraf pekerjaan anda, dan pejabat atau tempat pekerjaan anda akan menjadi lebih baik kerana kehadiran anda.


Anda melayani Yesus Kristus (Kol. 3:24). Adakah anda mempunyai kesaksian tentang-Nya yang baik di tempat kerja? Adakah anda salah seorang pekerja yang paling setia kerana anda melayani Allah? Adakah sikap anda mencerminkan sukacita yang anda miliki kerana menganggap Dia sebagai CEO yang sebenar? Jika ya, anda sememangnya memanfaatkan kerja anda.



Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara...

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami