Info Pelan

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 9 DARIPADA 36

Keseronokan Mempercayai Allah


Prinsip Hidup 9: Mempercayai Allah bermaksud melihat melewati apa yang kita boleh lihat kepada apa yang dilihat Allah.


Pada satu tahap, setiap seorang daripada kita akan menghadapi ujian dan kesukaran yang besar. Inilah sebabnya mengapa kita harus mengetahui cara memberikan respons terhadap setiap ancaman dengan berpegang kuat pada iman kemenangan yang melihat melewati apa yang kita boleh lihat kepada apa yang dilihat Allah.


Pada waktu tekanan yang amat sangat, Allah menguji iman kita dan menguatkan kebergantungan kita pada-Nya. Tanpa iman yang kuat dan berkekalan, kita mudah tunduk pada godaan dan ketakutan, terutamanya apabila ujian atau kesukaran itu adalah sangat sukar atau berpanjangan. 


Apa jua Goliat yang anda hadapi, anda perlu menanam satu kebenaran jauh di dalam hati anda: Allah mengasihi anda, dan apabila anda meletakkan kepercayaan anda dalam-Nya, Dia akan membantu anda mencapai kemenangan. Anda mungkin melalui waktu kegagalan. Kehidupan tidak selalu berjalan seperti yang anda rancangkan. Namun yang pastinya, Allah akan dimuliakan, dan anda akan diberkati.


Setiap cabaran membawa peluang bagi Tuhan untuk menunjukkan kesetiaan dan kasih-Nya. Daripada tunduk pada fikiran tentang ketakutan dan kegagalan, buatlah komitmen untuk mempercayai Allah, walaupun ketika anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari berikutnya. Latihlah diri anda untuk melihat melewati apa yang anda boleh lihat kepada apa yang dilihat-Nya.


Bagaimanakah anda boleh membentuk iman sedemikian?


  • Ingat semula kemenangan lalu. 
  • Tolak kata-kata yang tidak menggalakkan. 
  • Kenal pasti sifat sebenar pertempuran itu. 
  • Hadapi cabaran dengan pengakuan yang positif. 
  • Bergantung kepada kuasa Allah. 
  • Mempercayai kemenangan itu.

Anda boleh menghadapi setiap situasi dengan keyakinan dan harapan kerana kemenangan tidak bergantung kepada kekuatan, kebijaksanaan, tenaga, atau kuasa anda. Kemenangan dicapai kerana keupayaan Kristus. Apabila anda mempercayai-Nya, anda menghubungkan diri dengan kuasa hebat yang tidak dapat ditentang oleh siapa-siapa dan apa-apa.



Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara...

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami