Info Pelan

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 6 DARIPADA 36

Prinsip Menanam dan Menuai


Prinsip Hidup 6: Anda menuai apa yang ditanam, lebih daripada yang ditanam, dan suatu tempoh selepas anda menanamnya.


Hari ini adalah bapa kepada hari esok.


Keadaan kita pada hari ini adalah hasil daripada apa yang kita fikirkan dan cara kita telah hidup pada masa lalu. Mereka yang bertindak secara bijak hari ini akan memiliki kebijaksanaan pada masa depan untuk membuat keputusan yang bijak. Perkara yang sama adalah benar berkenaan lingkungan kewangan. Mereka yang menyimpan secara bijak pada hari ini akan memiliki banyak pada masa depan. Mereka yang membelanjakan semua yang dimiliki pada hari ini akan mempunyai sedikit ataupun tiada apa-apa pada masa depan. Orang yang rabun jauh hanya berfikir tentang masa sekarang, melakukan sekurang yang mungkin, dan pada hari mendapat gaji dia tidak dapat mengelak daripada menerima bilangan ganjaran yang kecil dan tidak berkualiti. Bangsa Israel menerima pengajaran ini secara peribadi. Kesesatan dan kegagalan mereka untuk mengikuti arahan Allah kerap membawa mereka ke kedudukan di mana mereka tidak menerima berkat-Nya.


Tuhan telah memberikan prinsip dalam Alkitab sebagai peringatan dan dorongan. Dalam Galatia 6:7, Firman-Nya menyatakan, "Janganlah tipu diri sendiri. Tidak seorang pun dapat memperbodohkan Allah. Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya." Setiap petani memahami maksud prinsip ini: Kita menuai apa yang kita tanam, lebih daripada yang ditanam, dan suatu tempoh selepas kita menanamnya.


Kenyataan bahawa kita menuai apa yang kita tanam adalah berita baik kepada mereka yang menanam tabiat baik, tetapi adalah fikiran yang menakutkan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak salih pada masa ini seperti persetubuhan rambang, penyalahgunaan dadah dan alkohol, pengabaian keluarga, atau penganiayaan orang lain untuk memanjat tangga kejayaan. Kita tidak boleh menanam rumput jelamparan dan menjangka untuk menuai buah nanas. Kita tidak boleh menanam keingkaran terhadap Allah dan menjangka untuk menuai berkat-Nya. Apa yang kita tanam, kita akan tuai. Janganlah menipu diri: Kita akan beroleh hasil kehidupan kita.


Prinsip yang sama ini adalah fikiran yang menenangkan dan meyakinkan kepada mereka yang bekerja secara taat di bawah keadaan yang sukar. "Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya." Ketaatan dalam situasi tersebut akan menghasilkan tuaian yang banyak pada masa depan, kerana Bapa syurgawi kita sentiasa memenuhi janji-Nya.



Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara...

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami