Info Pelan

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 8 DARIPADA 36

Bertempur dengan Bertelut


Prinsip Hidup 8: Menempur semua pertempuran anda dengan bertelut dan anda akan menang setiap kali.

Iman bermakna menyatakan kepada Allah, “Saya percaya Engkau akan menolong.” Dalam pertempuran kita untuk mengalahkan musuh, kita mungkin mendoakan: “Saya percaya Engkau akan mengalahkan musuh dan menyebabkannya untuk melarikan diri daripada saya sementara saya melawannya dan mempercayai-Mu.” Berulang kali, Daud membuat pengakuan iman kepada Tuhan: “Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu” (Mzm. 25:2; dan 31:7). Iman yang sempurna melihat setiap pertempuran sebagai sudah selesai dan Allah akan mencapai kemenangan. Apabila Daud berkata, “aku percaya kepada-Mu,” dia memaksudkan: “Ia sudah selesai. Tuhan, Engkau sememangnya sempurna. Engkau menjadikan semuanya baik. Dan Engkau memperoleh kemenangan ke atas semua musuhku.” Daud mempunyai kepercayaan penuh dalam kemampuan Allah. Tiada pemikiran “Saya berharap Dia akan” kerana Daud tahu semuanya sudah selesai.

Kita bertumbuh dalam iman dengan mengerjakannya, dengan mempercayai Allah dalam setiap situasi, dalam setiap keadaan, dan dalam setiap hubungan. Kita membentuk sejarah peribadi di mana kita mentaati Allah dan Dia sentiasa setia menjaga kita.


Ianya mustahil bagi anda untuk lawan iblis untuk jangka masa panjang jika anda tidak percaya bahawa Yesus boleh dan akan mengalahkan iblis melalui anda. Malah, anda boleh kekal beriman hanya apabila anda menyerahkan sepenuhnya setiap lingkungan kehidupan anda kepada Allah. Apabila anda enggan menyerahkan satu masalah atau lingkungan kepada Tuhan, anda sebenarnya mengatakan, “Saya boleh mengendalikan ini. Saya tidak memerlukan pertolongan-Mu.” Itulah yang Iblis mahu anda lakukan: mempercayai kemampuan sendiri dan tidak bersandar pada Allah yang maha berkuasa. Di sini jugalah dia akan menguatkan serangannya terhadap anda!


Berita baiknya adalah Allah telah memberikan setiap seorang daripada kita iman untuk dikembangkan. Dia juga memberikan kita keupayaan untuk mempercayai-Nya dan untuk menyerahkan hidup kita kepada-Nya. Kita boleh berdiri teguh dan melawan musuh, tetapi hanya dengan kuasa Allah. Dialah yang mendengar doa kita dan cepat-cepat mempertahankan kita. Apabila kita berdoa, iblis melarikan diri.



Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara...

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami