Info Pelan

Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 1 DARIPADA 36


Keintiman Kita dengan Allah


Prinsip Hidup 1: Keintiman kita dengan Allah—keutamaan tertinggi-Nya untuk kehidupan kita—menentukan impak hidup kita.


Salah satu keperluan utama kita adalah mengetahui kita dikasihi. Tiap-tiap seorang daripada kita perlu rasa yakin, jauh di lubuk hati, bahawa ada seseorang yang mengasihi kita, mengambil berat terhadap kita, dan memikirkan kepentingan kita. Demikianlah caranya Allah telah mencipta kita. Dia mahu kita untuk menyedari bahawa Dia amat mengasihi kita sehinggakan tiada kata-kata yang mampu mengungkapnya. 

Allah mencipta manusia dengan memikirkan persekutuan—pertama, bersama-Nya dan kemudian antara satu sama lain. Namun, kita tidak dapat mengasihi satu sama lain dengan sepenuhnya sehingga kita sendiri telah mengalami kasih Allah. Kita mengalami kasih-Nya apabila kita sanggup berserah kepada panggilan-Nya untuk menjadi Juruselamat, Tuhan dan Kawan kita.

Apabila anda menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat anda, Dia bukan sahaja mengampuni anda tetapi juga menjadikan anda ciptaan baru. Anda tidak lagi berjauhan daripada Allah tetapi kini dilayakkan untuk mendekati-Nya.


Jika penumpuan anda untuk Juruselamat sudah berkurang dan merasakan hubungan anda bersama-Nya sudah renggang, berdoalah agar Dia membawa anda mendekati-Nya sekali lagi. Dia tahu kelemahan anda, dan jika anda memberitahu-Nya bahawa anda mahu Dia untuk mengawal kehidupan anda, Dia akan datang kepada anda dengan berkuasa dan membawa pengharapan serta terang terhadap situasi anda, macam mana gelap dan tiada harapan pun keadaannya (Yes. 55:6-7).



Hari 2

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara...

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami