Info Pelan

Apakah Langkah Seterusnya: Edisi PelajarSampel

What's Next: Student Edition

HARI 7 DARIPADA 7

Kehidupan yang berkelimpahan



Menerima apa yang telah dilakukan oleh Yesus pada salib menjamin keabadian anda, namun terdapat lebih kepada itu lagi. Sekiranya sebagai orang Kristian, kita hanya menanti untuk mati agar kita dapat ke syurga, kita terlepas gambaran besarnya. Memiliki Yesus dalam hidup anda bukannya berkenaan selepas kematian sahaja, ia adalah tentang kehidupan sekarang. Yesus mengatakan bahawa Dia datang supaya kita dapat memiliki kehidupan dalam segala kelimpahan. Kita dicipta untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran, menarik, dan berkelimpahan. Menjadi seorang Kristian bukanlah tentang semua perkara yang tidak harus kita lakukan. Ia adalah memiliki kebebasan!



Yesus ingin menggunakan anda untuk mengubah sesuatu. Anda boleh mempengaruhi dan memberikan kesan kepada dunia ini sebagai murid-Nya. Kehidupan Kristian tidaklah membosankan. Sesiapa yang mengatakan ia adalah membosankan terlepas maksudnya sepenuhnya. Benarkanlah Allah untuk menggunakan anda. Lakukan perkara yang besar. Pergilah dan jalani kehidupan yang berkelimpahan.
Hari 6

Perihal Pelan

What's Next: Student Edition

Dalam pelan asas selama 7 hari ini, anda akan menemui firman Allah untuk membantu anda mengetahui siapakah Allah dan siapakah anda sebagaimana yang dicipta-Nya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeChurch.tv kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.lifechurch.tv.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami