Info Pelan

Apakah Langkah Seterusnya: Edisi PelajarSampel

What's Next: Student Edition

HARI 4 DARIPADA 7

Omni



Terdapat tiga istilah yang digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri utama Allah. Ketiga-tiganya bermula dengan Maha, yang bermaksud "segala". Allah adalah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, dan Maha Wujud.



Allah adalah maha mengetahui, maksudnya Dia mengetahui segala sesuatu. Dia mengetahui fikiran, motif anda — Dia mengetahui apa yang anda perlukan lebih daripada anda. Tiada apa-apa yang Dia tidak dapat mengerti, memahami, atau tidak sedar akan. Allah mengetahui segala sesuatu.



Allah yang Maha Berkuasa merujuk kepada kenyataan bahawa Allah teramat berkuasa. Tiada apa-apa yang lebih besar atau lebih hebat daripada Allah. Tiada apa-apa yang tidak dapat dikendalikan-Nya. Allah adalah cukup kuat untuk mengendalikan segala sesuatu daripada semua masalah-masalah dunia, dan juga setiap pergumulan yang dialami anda. Ketahuilah bahawa Allah adalah lebih besar daripada apa sahaja yang sedang anda hadapi. Sekiranya anda berasa bahawa anda tidak dapat mengendalikannya, ketahuilah bahawa terdapat Allah yang maha berkuasa yang dapat mengendalikannya.



Allah jugalah maha wujud atau berada di setiap tempat. Tiada tempat tanpa kehadiran-Nya. Dia sentiasa berada di setiap tempat. Tiada tempat yang tidak dapat dicapai oleh hadirat-Nya. Bila-bila sahaja anda berasa bersendirian, ketahuilah bahawa Allah berada bersama anda.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

What's Next: Student Edition

Dalam pelan asas selama 7 hari ini, anda akan menemui firman Allah untuk membantu anda mengetahui siapakah Allah dan siapakah anda sebagaimana yang dicipta-Nya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeChurch.tv kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.lifechurch.tv.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami