Info Pelan

Apakah Langkah Seterusnya: Edisi PelajarSampel

What's Next: Student Edition

HARI 3 DARIPADA 7

Tritunggal



Tritunggal adalah satu konsep yang merujuk kepada peribadi Allah. Allah adalah tiga dalam satu, satu dalam tiga. Allah ialah Bapa, Anak, dan Roh Kudus. Semuanya adalah Allah dan Allah adalah ketiga-tiga Bapa, Anak, dan Roh.



Bapa merupakan penyelia kemanusiaan. Kita melihat bukti ini dalam seluruh perjanjian lama Alkitab. Dalam Perjanjian Baru, Allah turun dari syurga dalam bentuk manusia sebagai Yesus. Ini ialah Anak Allah. Yesus, Anak Allah, adalah manusia sepenuhnya dan Allah sepenuhnya. Dia bertanggungjawab untuk mati pada salib untuk dosa kita. Kehidupan Yesus ditemui dalam apa yang dipanggil injil-injil (empat buku pertama dalam perjanjian baru: Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes). Kemudiannya, datanglah peribadi Allah yang ketiga, Roh Kudus. Apabila kita menerima apa yang dilakukan oleh Yesus pada salib untuk kita, Allah Bapa memberikan kita Roh Kudus, yang hidup dalam kita. Roh Kudus adalah pembimbing dan penghibur kita dan menjadi pengantara bagi pihak kita dengan Allah. Selepas Yesus mati, bangkit, dan pulang ke syurga, Roh Kudus dinyatakan di Gereja pertama (sejurus selepas Injil-injil dalam perjanjian baru).



Ini mungkinlah konsep yang sukar difahami. Allah adalah amat besar dan kompleks dan kita tidak akan dapat memahami Dia sepenuhnya. Cuma ketahui ini: Allah Bapa melindungi anda, Yesus mati untuk anda, dan Roh Kudus hidup dalam anda dan membimbing anda.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

What's Next: Student Edition

Dalam pelan asas selama 7 hari ini, anda akan menemui firman Allah untuk membantu anda mengetahui siapakah Allah dan siapakah anda sebagaimana yang dicipta-Nya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeChurch.tv kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.lifechurch.tv.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami