Info Pelan

Apakah Langkah Seterusnya: Edisi PelajarSampel

What's Next: Student Edition

HARI 1 DARIPADA 7

Allah Dinyatakan



Ada kalanya adalah sukar untuk melihat Allah, tetapi apabila anda menumpukan perhatian dan mencari Dia, anda akan melihat bahawa Dia menyatakan diri-Nya dalam pelbagai cara yang berlainan.



Salah satu cara Allah menyatakan diri-Nya adalah menerusi seluruh ciptaan seperti yang dinyatakan dalam Roma 1:20. Lihatlah betapa menakjubkan dunia ini — gunung-ganang yang hebat dan agung, lautan yang luas. Keindahan mengelilingi kita. Ini adalah tanda Allah — cap jari-Nya.



Satu lagi cara lain di mana Allah menyatakan diri-Nya adalah melalui hati nurani kita. Roma 2:15 menyatakan bahawa semua antara kita mempunyai pengetahuan dalaman yang semula jadi akan hal yang betul dan salah – suara dalam fikiran atau hati yang kita memilih sama ada untuk dengar atau tidak. Itu adalah pimpinan Allah dalam kehidupan kita.



Allah juga menyatakan diri-Nya melalui anak-Nya Yesus kepada kita. Yesus mengatakan dalam Yohanes 14:9 bahawa barangsiapa yang telah melihat Dia (Yesus) telah melihat Bapa. Yesus adalah gambar Allah yang tidak dapat dilihat dan kita dapat mengenali Allah melalui Dia.



Firman Allah merupakan cara lain yang berkuasa di mana kita dapat mengenali Allah. Alkitab menyatakan siapa Allah dan bagaimana Dia berinteraksi sepanjang Kemanusiaan. Melalui kitab suci kita melihat sifat Allah dan kisah besar-Nya didedahkan sepanjang masa.



Maka bagaimanakah Allah menyatakan diri-Nya kepada anda pada masa ini? Pada minggu ini, tumpukan perhatian pada semua bukti akan Allah dan cara Dia menyatakan diri-Nya di sekeliling anda dan melalui kehidupan anda.
Hari 2

Perihal Pelan

What's Next: Student Edition

Dalam pelan asas selama 7 hari ini, anda akan menemui firman Allah untuk membantu anda mengetahui siapakah Allah dan siapakah anda sebagaimana yang dicipta-Nya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeChurch.tv kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.lifechurch.tv.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami