Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 3 DARIPADA 12

Kasih Sejati Tidak Boleh Dibuat-buat

Kasih sejati terletak pada teras injil dan injil merupakan penyataan kasih Allah. Injil ialah tindakan berkasih yang terbesar. Kita menerima kasih sejati ini melalui injil sahaja. Kita telah diberikan keupayaan mengenali kasih sejati, menikmati kasih sejati, hidup dalam kasih sejati, dan memberikan kasih sejati dalam Kristus.

Apakah itu injil?

Injil ialah berita baik bahawa seseorang telah menanggung kesalahan dan hukuman bagi pihak kita untuk kesilapan kita terhadap Allah. Apakah hukuman terhadap dosa? Kematian, kemurkaan Allah, seksaan kekal dan pemisahan daripada Allah di neraka. Yesus, satu-satunya orang yang boleh membayar hutang dosa kita, telah tampil, berdiri di tempat kita, dan menanggung SEMUA hukuman yang wajar diterima kita. Yesus, sempurna, tidak berdosa, Allah sepenuhnya dan manusia sepenuhnya, mengorbankan nyawa-Nya untuk kita. Dia yang tanpa dosa telah menanggung SEMUA dosa kita, SEMUA kesepian kita, dan SEMUA KESALAHAN kita dan sebagai balasan telah memberikan kita kekudusan-Nya, sifat-Nya, dan KEBENARAN-Nya.

Dia yang telah mengorbankan nyawa-Nya mahu anda mengenali kasih ini, menerimanya, mengalaminya, hidup dalamnya, dan memberikannya kepada orang lain.

Sudahkah anda menerima kasih ini? Jika anda tahu bahawa anda telah menerima pengampunan Allah dan anda mempercayai Kristus serta kasih-Nya, perkara seterusnya yang kami ingin anda lakukan sekarang ialah mengucapkan doa pendek ini sebelum meneruskan: “Tuhan, saya memohon agar Engkau membuka telinga saya kepada Firman-Mu, membuka mata saya untuk melihat-Mu dan kebenaran-Mu, dan membuka hati saya untuk memberikan respons terhadap segala sesuatu yang telah Engkau tunjukkan kepada saya. Bantulah saya untuk memahami dan menerima kasih sejati-Mu dan lebih memahami apa yang telah Engkau lakukan untuk saya dan agar saya dapat hidup dalam kasih sejati-Mu. Amin.”

Kasih Allah untuk anda ialah kasih muktamad. Memahami, menerima dan mempercayai kasih sejati-Nya adalah penting dan merupakan dasar keperibadian kita, hubungan kita dengan Kristus, dan segala sesuatu yang kita lakukan dalam setiap lingkungan kehidupan kita. Kita seharusnya berjalan dalam kasih-Nya untuk kita saat demi saat.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami