Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 8 DARIPADA 12

Tentangan terhadap Kasih

Jika Kristus ialah kasih dan mengasihi seperti Kristus ialah matlamatnya, maka akan wujudnya tentangan terhadap tugas ini. Jika Allah ialah kasih, maka musuh kita Iblis bertentangan sama sekali. Kehidupan bukan sahaja sukar, ia merupakan suatu pertempuran. Seperti domba yang memerlukan gembala untuk kekal pada jalan yang betul dan tetap selamat, kita perlu mengikuti Tuhan kita dengan dekat agar tidak sesat, terjebak dalam dunia, kehilangan diri sendiri, atau diperdayakan oleh musuh.

Kita dapat melihat kelemahan tubuh kita dan berseru bersama dengan orang Puritan, "O Tuhan, aku cumalah debu . . . aku bukanlah objek yang bernilai, tapi objek yang tidak memiliki apa-apa dan bukan apa-apa . . . aku yakin akan kejahatan dan kesengsaraan keadaan berdosa, akan kesia-siaan makhluk" (daripada "Man A Nothing," dalam The Valley of Vision).

Jika Allah ialah kasih dan kita mempercayai Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita, kita tahu bahawa kita dikasihi. Kita juga sedar bahawa kita telah diselamatkan daripada kerajaan kegelapan yang menentang kasih dan kita telah memasuki kerajaan kasih sejati ini. Kini, kita ingin mengetahui cara berjalan dalamnya. Bagaimanakah kita dapat melakukan ini? Dengan memerhatikan injil dan diperkuatkan oleh injil:

-injil ialah dasar kasih sejati
-injil menunjukkan kasih
-injil mentakrifkan kasih
-injil membolehkan kita untuk memberikan respons berkasih-kasihan

Kita perlu meminta Tuhan setiap hari untuk menolong kita untuk mengikuti-Nya, berjalan dalam kasih-Nya, mengasihi-Nya, dan memberikan kasih-Nya.

Membatinkan Kebenaran: Pilih satu ayat Alkitab untuk difikirkan secara serius untuk membaharui fikiran dan mengubah hati anda.

Mematikan Diri: Apakah dosa khusus dalam kehidupan anda yang disasarkan oleh ayat Alkitab pilihan anda? Paulus memberitahu kita dengan amat khusus untuk buang cara hidup yang lama.

Menghidupkan Kebenaran: Hidup seperti manusia baru--Kristus. Apakah penyesuaian khusus yang perlu anda buat terhadap fikiran atau sikap atau kelakuan anda untuk berserah kepada-Nya dan menerapkan kebenaran-Nya dalam fikiran dan hati anda?


Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami