Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 12 DARIPADA 12

Kesimpulan

Mempertimbangkan segala sesuatu yang telah dibaca dan dikaji serta direnungkan beberapa hari ini, adakah hati anda ingin mengenali kasih sejati dan benar-benar mengasihi Tuhan?! Kita memerlukan Tuhan. Dia sahajalah yang dapat menunjukkan kita apa itu kasih sejati dan bagaimana melepaskan dosa yang kelihatan berpaut pada kita. Meninggalkan diri dan mematikan daging ialah tugas sepanjang hayat. Ia bermaksud kita mesti meninggalkan cara kita dan "berjalan secara beriman" SETIAP HARI. Kita perlu berlatih Membatinkan Kebenaran dan Menghidupkan Kebenaran pada setiap hari. Kita mesti meninggalkan dusta daging, iblis, dan dunia dan mengenakan kebenaran Firman Allah melalui kuasa Roh Kudus. Semakin banyak kita belajar meninggalkan keselesaan dan cara dunia ini, semakin banyak kita akan dapat menikmati sukacita dan hadirat Kristus, dan semakin besarlah keinginan kita terhadap Kristus. Kita akan diubah oleh pembaharuan fikiran dan hati kita. Kita akan berhasrat meninggalkan cara lama kita dan berpaut pada penghiburan serta cara Kristus dan mengenali sukacita sejati dan kenikmatan sebenar kasih sejati. Kita akan mengalami kasih-Nya dalam kita dan melalui kita serta memenuhi tujuan Allah terhadap kita sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Katekismus Westminster: Apakah tujuan utama kehidupan manusia? Tujuan utama manusia ialah memuliakan Allah dan menikmati-Nya selama-lamanya!

Marilah berdoa, "Saya mengasihi-Mu Tuhan, kerana Engkau mendengar suara saya dan rayuan saya untuk belas kasihan. Kasih-Mu telah dicurahkan ke dalam hati saya melalui Roh Kudus yang telah diberikan kepada saya. Terima kasih, Tuhan."

Membatinkan Kebenaran:
Pilih satu ayat Alkitab untuk difikirkan secara serius.

Mematikan DIRI:
Apakah dosa dalam hidup anda yang disasarkan oleh ayat Alkitab pilihan anda?

Menghidupkan Kebenaran:

Apakah perubahan khusus yang perlu anda buat terhadap fikiran atau sikap atau kelakuan anda untuk berserah kepada Allah?


Hari 11

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami