Info Pelan

Apakah Itu Kasih Sejati?Sampel

What Is True Love?

HARI 1 DARIPADA 12

Keinginan akan Kasih

Semua hati kita mengingini kasih sama ada kita sedar akannya atau tidak. Secara harfiah, kita dicipta untuk mengasihi. Allah ialah kasih. Adakah anda ingin mengetahui tentang kasih sejati Allah? Adakah anda ingin benar-benar mengasihi-Nya dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu dan dengan seluruh akalmu?

Walau bagaimanapun, apakah itu kasih sejati? Perkataan ini mempunyai pelbagai maksud. Kita boleh katakan sekaligus, "Saya menyukai kopi. Saya mencintai pasangan saya. Saya mengasihi Yesus." Bagaimanakah kita mengetahui apakah sebenarnya kasih sejati? Bagaimana rupanya? Bagaimana rasanya? Adakah ia penting?

Kasih sejati adalah lebih daripada suatu rasa, perasaan, misi ataupun doktrin. Kasih sejati ialah keinginan sejati untuk kesejahteraan orang lain. Kasih sejati yang memuliakan Allah ialah matlamat kehidupan dan kewujudan gereja.

Sesetengah orang akan mengatakan bahawa misi ialah matlamat utama gereja: "Tugas tertinggi Gereja ialah penginjilan dunia. Misi gereja ialah misi" (Oswald J. Smith).

Yang lain akan menggambarkannya sebagai penyembahan: "Misi bukanlah matlamat utama gereja. Penyembahanlah matlamat utama gereja. Misi wujud kerana tiada penyembahan. Penyembahan adalah muktamad, tetapi misi tidak, kerana Allah adalah muktamad, bukannya manusia. Apabila zaman ini berakhir, dan jutaan orang tertebus yang tidak terkira banyaknya bersujud di hadapan takhta Allah, misi tidak akan ada lagi. Ia merupakan suatu kebutuhan sementara. Namun, penyembahan tetap selama-lamanya" (John Piper).

Allah mengarahkan umat-Nya untuk mengasihi-Nya dengan sepenuh hati, dengan segenap jiwa, dan dengan segala kekuatan mereka. Yesus mengulang hal ini, memberitahu kita bahawa perintah yang terutama dan yang terpenting ialah mengasihi Tuhan Allah kita dengan sepenuh hati kita, dengan segenap jiwa kita, dengan seluruh akal kita dan dengan segala kekuatan kita. Dia memberitahu kita bahawa semua orang akan mengetahui bahawa kita ialah murid-Nya melalui kasih kita untuk satu sama lain. Paulus juga menjelaskan dalam suratnya kepada orang Korintus bahawa iman, harapan, dan kasih ialah sifat murni yang kekal, tetapi yang terutama antara ketiga-tiga ini ialah kasih.


Misi dan penyembahan berakibat daripada kasih yang sejati.


Hari 2

Perihal Pelan

What Is True Love?

Setiap orang ingin mengetahui apakah sebenarnya kasih. Namun, hanya segelintir orang yang melihat apa yang dikatakan Alkitab tentang kasih. Kasih merupakan salah satu tema utama Alkitab dan sifat murni kehidupan Kristian...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Thistlebend Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thistlebend.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami