Info Pelan

Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Crazy Faith

HARI 5 DARIPADA 5

Tidak Pernah Putus Asa



Sebaik sahaja anda beriman untuk mengerjakan firman Allah yang tidak masuk akal, ia tidak berlaku dengan serta-merta. Berterus-teranglah: menunggu memang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, menunggu tidak bermaksud duduk menatal Twitter atau tonton lewah HBO. Menunggu bermaksud melayan. Membiasakan diri untuk menanya, "Bagaimana saya dapat membantu? Adakah kamu memerlukan apa-apa lagi?"



Jangan mensia-siakan penantian anda. Waktu menunggu ialah waktu Allah membentuk anda menjadi orang yang anda harus jadi semasa anda mencapai tujuan anda. Demi menyembuhkan perkahwinan anda, anda mungkin perlu menghadiri kaunseling. Demi menjadi CEO yang berkesan bagi syarikat masa depan, anda mungkin perlu mengambil beberapa kelas dan mendapatkan seorang mentor. Demi melayani dengan berintegriti dan berkuasa kepada jutaan orang, anda perlu mengembangkan watak dan kebijaksanaan anda dengan Dia berdua sahaja. Demi memperoleh semula kepercayaan anak anda yang terluka, anda perlu membuktikan kebolehpercayaan anda dengan sabar, daya ketahanan, dan budi bahasa. 



Paulus berkata dalam suratnya kepada orang Galatia, “Oleh itu, janganlah kita jemu melakukan perkara-perkara baik. Jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian, kelak kita akan menuai hasilnya.” (Galatia 6:9). 



Kunci kepada seluruh pernyataan ini ialah: jika kita tidak berhenti-henti berbuat demikian. Itu merupakan jika yang besar, tetapi saya berjanji bahawa hasilnya, yang akan diperoleh "kena pada masanya," pastilah berbaloi untuk dinantikan.



Waktu yang kena pada masanya bakal terjadi. Saya yakin bagi anda. Saya yakin bagi keluarga anda. Saya yakin bagi perniagaan anda. Saya yakin bagi kesihatan rohani, fizikal, mental, emosi, dan kewangan anda. 



Ingatlah bahawa Allah tidak berminat untuk memberkati anda sekali sahaja; Dia berniat untuk membuka tingkap-tingkap syurga-Nya untuk melimpahi anda secara berterusan, mengesahkan sekali lagi bagi orang yang bersedia untuk meninggalkan harapan bahawa Dia adalah benar. 



Apabila mereka mengatakan bahawa ia adalah mustahil, apabila perhitungannya sukar diterima akal, apabila gunung itu kelihatan terlalu tinggi, apabila segala-galanya kelihatan mustahil . . . anda memandang tepat ke mata mereka, menegakkan kepala dan berjalan dengan yakin, dan menyatakan ini: 



“Ia cumalah mustahil sehingga ia terjadi.” 



Apakah langkah seterusnya dalam perjalanan mustahil anda? Apakah dorongan, cabaran, sokongan atau akauntabiliti yang anda perlukan untuk meneruskan perjalanan anda? Mintalah perkara itu.



Kami berharap pelan ini telah menggalakkan anda. Ketahui lebih lanjut tentang Crazy Faith oleh Michael Todd di sini .  





Hari 4

Perihal Pelan

Crazy Faith

Sebahagian daripada diri anda mempercayai hal yang mustahil. Sebahagian daripada diri anda berangan-angan tentang suatu mukjizat. Sebahagian daripada diri anda menyedari bahawa anda telah dicipta untuk menjalankan kehidu...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/670540/crazy-faith-by-michael-todd

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami