Info Pelan

Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Crazy Faith

HARI 2 DARIPADA 5

Beriman



Saya membesar dalam keluarga lima beradik yang dipenuhi iman. Ibu bapa saya ialah paderi yang sentiasa menunjukkan hidup yang beriman bagi saya. Pada waktu kebanyakan ibu bapa akan mengatakan, "Maaf, kami tidak mampu membeli itu sekarang ini," ibu saya akan memberitahu saya untuk berdoa dan mempercayai Allah untuk memenuhi kemahuan saya. 



Ibu bapa saya selalu mengisahkan cerita Alkitab tentang iman yang luar biasa kepada saya, dan saya akan membayangkan diri saya sebagai salah satu watak tersebut. Saya memperoleh lebih daripada imaginasi yang baik sahaja; ini membina dasar iman yang kukuh. 



Saya sedar bahawa tidak semua kanak-kanak membesar seperti ini, tetapi hal yang indah tentang iman ialah tidak pernah terlalu lewat untuk membinanya. Dalam banyak terjemahan, Ibrani 11:1 bermula dengan perkataan: "Beriman." Oleh itu, saya menggalakkan anda bahawa sekarang ini, pada ketika ini, belum terlewat lagi. Sebenarnya, sekarang ini ialah waktu yang terbaik. Di mana jua anda berada sekarang ini, anda boleh mula merobohkan benteng keraguan, menyingkirkan dusta pesimisme, dan menghapuskan rangka ketakutan supaya Allah boleh mencurahkan dasar iman yang baru dalam batin anda. 



Saya yakin bahawa hidup anda harus dibina di atas kepercayaan dalam Allah dan kepercayaan akan Firman-Nya. Firman Allah kekal dari generasi ke generasi. Firman-Nya kekal sepanjang kebangkitan dan kejatuhan empayar. Firman Allah menghasilkan perubahan, tetapi ia tidak akan berubah. 



Rumput menjadi kering dan bunga pun layu, tetapi firman Allah kita kekal selama-lamanya. (Yesaya 40:8) 



Luangkan masa untuk menilai dasar iman anda. Kebenarannya ialah, anda tidak boleh membina visi bersaiz pencakar langit di atas iman yang perlu dibaiki, dan anda tidak akan mengalami mukjizat bersaiz rumah agam dengan prinsip bekas najis mudah alih. Walau bagaimanapun, marilah mengetahui dengan lebih lanjut. Fikirlah tentang lingkungan khusus dalam hidup anda, kemudian nilai dasar iman bagi setiap satunya berdasarkan skala 1 (tanah lapang—berpotensi tinggi!) hingga 6 (pencakar langit—visi yang besar dan impian yang berani).



Persahabatan, matlamat kerjaya, hubungan romantik, kesihatan, kewangan, anak, perkembangan peribadi, dan apa-apa visi masa depan anda—setiap satunya harus dibina atas dasar iman yang teguh. Apakah dasarnya sekarang ini? Semasa anda meneliti senarai dan penilaian anda, ingatlah bahawa berita yang mengujakan itu cumalah suatu permulaan bagi perjalanan iman anda yang tidak masuk akal. Iman yang tidak masuk akal adalah tentang kemajuan, bukan kesempurnaan.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Crazy Faith

Sebahagian daripada diri anda mempercayai hal yang mustahil. Sebahagian daripada diri anda berangan-angan tentang suatu mukjizat. Sebahagian daripada diri anda menyedari bahawa anda telah dicipta untuk menjalankan kehidu...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/670540/crazy-faith-by-michael-todd

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami