Info Pelan

Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Crazy Faith

HARI 3 DARIPADA 5

Merangkak Sebelum Anda Berjalan



Apa yang akan saya katakan mungkin mengejutkan anda: Anda perlu merangkak sebelum anda boleh berjalan. Saya bercakap tentang iman yang tidak masuk akal, tetapi kita mesti bermula pada suatu waktu. Tiada orang yang berjalan ke gim buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun dan membuat senaman penekan bangku seberat 300 paun, dan tiada orang yang terjun menjunam ke dalam kolam renang buat pertama kalinya dan menjangka akan melakukannya seperti perenang Olimpik. 



Pada malam saya berkenalan dengan isteri saya, Natalie, saya tidak melutut, menyatakan cinta abadi saya terhadapnya, dan melamarnya. Jika saya berbuat demikian, dia akan berasa saya ini terlalu terdesak! Sebaliknya, saya mengambil masa untuk mengenalinya, berjenaka, menunjukkan minat saya terhadapnya, meminta nombor telefonnya . . . langkah-langkah kecil. 



Iman yang tidak masuk akal dicapai sesudah anda menumpukan perhatian untuk mengerjakan langkah-langkah kecil. Walau bagaimanapun, kebenarannya ialah kebanyakan orang yang ingin mencapai kejayaan yang besar tidak mahu melakukan apa-apa pada skala yang kecil. Mereka inginkan keputusan seperti Musa-membelah-Laut-Gelagah, tetapi mereka tidak mahu kembali ke Mesir dan berdepan dengan masa lalu mereka. Mereka ingin berasa selamat di bot yang besar dan teguh semasa banjir, tetapi mereka tidak mahu kena selumbar semasa menggosok kayu yang diperlukan untuk membina bot itu dengan kertas pasir. Saya membayangkan iman yang kecil dan kerendahan hati yang sangat besar semasa dia memotong pokok yang pertama, yang tidak dilihat oleh orang lain kecuali dirinya dan Allah. 



Bagi anda, langkah yang kecil mungkin bermaksud membuka akaun bank yang dilabel Dana Kemurahan Hati dan memasukkan lima ringgit ke dalam akaun itu. Langkah yang kecil mungkinlah melengkapkan pendaftaran kelas malam di kolej tempatan anda. Ia mungkinlah melawat kedai perabot kawasan anda dan memilih rak baru yang ingin ditempatkan di dalam bilik tamu rumah yang belum dimiliki lagi. Langkah yang kecil mungkinlah menulis surat kepada ibu bapa yang telah renggang daripada anda. 



Saya berasa yakin bahawa anda akan berlari ke arah iman anda tidak lama lagi, tetapi anda tidak boleh lari jika anda tidak belajar berjalan terlebih dahulu. Berjalan dengan beriman datang daripada merangkak dengan beriman. Memanglah okey untuk merangkak. 



Pertimbangkan lingkungan hidup anda yang telah dikenal pasti semalam sebagai lingkungan dengan dasar iman yang paling lemah. Apakah langkah kecil iman yang boleh anda ambil untuk menguatkan dasar itu?


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Crazy Faith

Sebahagian daripada diri anda mempercayai hal yang mustahil. Sebahagian daripada diri anda berangan-angan tentang suatu mukjizat. Sebahagian daripada diri anda menyedari bahawa anda telah dicipta untuk menjalankan kehidu...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/670540/crazy-faith-by-michael-todd

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami