Info Pelan

Iman yang Tidak Masuk AkalSampel

Crazy Faith

HARI 1 DARIPADA 5

Hero Zaman Moden



Saya pasti anda akan bersetuju bahawa dunia yang didiami kita ini adalah rosak. Untuk membetulkannya, kita memerlukan jauh lebih banyak mukjizat. Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, kita memerlukan jumlah iman yang tidak masuk akal banyaknya—meskipun sukar. Jadi, saya ingin menanya anda: Betapa kuatnya keinginan anda? 



Saya mendefinisikan iman yang tidak masuk akal sebagai "memiliki fikiran dan tindakan yang tidak munasabah tetapi mempercayai sepenuhnya akan sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara eksplisit." Mengapakah kita masih bercakap tentang hero dalam Alkitab seperti Nuh, Musa, dan Paulus? Kerana mereka sangat mempercayai apa yang Allah panggil mereka untuk lakukan. Mereka sanggup menjalankan iman mereka meskipun orang lain memanggil mereka gila. 



Fikirlah tentang seseorang yang anda hormati. Anda meraikan orang itu kerana ia berani mengambil jalan yang tidak diterokai oleh kebanyakan orang. Kebenaran yang menyedihkan ialah kebanyakan orang percaya menjalankan kehidupan senyap yang selamat dan tidak pernah melihat janji Allah yang sepenuhnya. 



Ada kalanya Allah akan meminta anda untuk melakukan hal yang tidak kelihatan rasional atau logik, hal yang disalah faham atau ditertawakan oleh orang lain. Alkitab dipenuhi cerita seperti itu.



Allah mahu anda untuk menjadi hero zaman moden-Nya. Dia mahu orang lain untuk melihat iman yang dimiliki oleh anda dan mencontohinya. Iman anda untuk memulakan perniagaan semasa menghadapi krisis ekonomi, untuk mempercayai penyembuhan yang doktor rasa adalah mustahil, untuk melepaskan keremukan hati yang besar dan bergerak maju—iman anda yang tidak masuk akal ialah apa yang Dia mahu gunakan untuk mendatangkan mukjizat. Dia tidak mencari seseorang untuk memberikan Dia sebab mengapa itu tidak boleh berlaku. Dia mencari seseorang yang mempercayai bahawa jika Dia menyatakannya, itulah yang akan berlaku. 



Hafal kata-kata Yesus yang tercatat dalam Yohanes 15:16: "Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku." Jika dan apabila anda rasa tidak layak, ragu-ragu, gelisah, tidak sabar, tidak bermotivasi, atau dikuasai pada minggu ini, biarlah Roh Kudus mengingatkan anda tentang janji ini berhubung dengan tujuan anda. Anda bukanlah suatu kesilapan! Anda telah dipilih. 


Hari 2

Perihal Pelan

Crazy Faith

Sebahagian daripada diri anda mempercayai hal yang mustahil. Sebahagian daripada diri anda berangan-angan tentang suatu mukjizat. Sebahagian daripada diri anda menyedari bahawa anda telah dicipta untuk menjalankan kehidu...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/670540/crazy-faith-by-michael-todd

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami