Info Pelan

Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 3 DARIPADA 15

DOA:



Allah, Engkau ialah bapa yang penyayang. Terima kasih kerana Engkau sabar terhadap saya semasa saya belajar mempercayai-Mu.







BACAAN:



Tahukah anda bahawa pertumbuhan menuntut sesuatu? Sebelum kita bergerak maju dalam perjalanan pertumbuhan kita, sering kalinya perlu untuk menyedari apa yang perlu dikorbankan. Percaya tak, sebahagian daripada sebab kita tidak bergerak maju dalam pertumbuhan ialah kita mendapat faedah daripada tidak melakukan apa-apa—menikmati keselesaan, keselamatan, ilusi kuasa, atau perkara yang lain.







Dalam Galatia 4:6-8, Paulus memberitahu kita bahawa membina hidup kita dengan perkara yang salah menjadikan kita hamba. Itu merupakan bahasa yang kuat, tetapi Paulus sedang melakukan sesuatu yang amat strategik di sini. Paulus memaksudkan sebahagian daripada cerita Israel tidak lama selepas mereka dibebaskan daripada perhambaan di Mesir. Allah telah membangkitkan Musa dan melaksanakan mukjizat yang luar biasa untuk membebaskan mereka daripada belenggu, dan orang Israel memuji Allah kerana kebebasan mereka. Namun, tidak lama kemudian mereka mula merungut tentang kehilangan faedah dan keselesaan hidup di Mesir. Mereka juga mula mengatakan bahawa mereka ingin kembali ke Mesir! Dapatkah anda membayangkan kerinduan akan tempat di mana anda ialah hamba?







Itu mungkin kedengaran gila, tetapi, menurut Paulus, keinginan itu mungkinlah lebih biasa daripada fikiran anda. Jika ada sesuatu yang anda betul-betul inginkan sehinggakan anda tidak dapat membayangkan hidup anda tanpanya, maka anda ialah hamba kepada perkara itu. Anda telah melepaskan kebebasan anda. Anda terikat oleh perkara itu. Perkara itu mungkinlah suatu harta, hubungan, gelaran, atau reputasi.







Disebabkan kita telah diberikan identiti yang baru dalam Yesus, belenggu tersebut telah diputuskan dan jalan yang baru telah dibuka untuk kebebasan kita. Meskipun itu ialah idea yang jelas dan mudah, idea itu tidaklah selalu mudah diamalkan. Membebaskan anda daripada perhambaan ialah satu perkara, menyingkirkan perhambaan daripada anda ialah satu perkara yang lain.







Kecenderungan kita ialah terus kembali kepada keselesaan, keyakinan, dan keselamatan, sementara membelakangi perjalanan ke arah kesempurnaan dan kebebasan yang diinginkan oleh Allah bagi kita. 







Walau bagaimanapun, ada berita baik untuk anda hari ini. Allah ialah seorang bapa yang penyayang!







Bayangkan seorang bapa memerhatikan anak kecilnya mengambil langkah pertamanya yang terhuyung-hayang. Apakah perasaan bapa itu? Apakah reaksinya? Adakah ia tidak sabar dan hampa bahawa anaknya tidak berjalan jauh? Adakah ia marah apabila anaknya terhuyung-hayang dan jatuh? Adakah anda akan melihat kekecewaan pada pandangannya semasa ia menjerit, "Kenapa kamu tidak berjalan? Tengoklah abangmu! Dia boleh lari mengelilingi rumah! Urus hidupmu!"







Mustahil! Anda tidak mungkin menerima reaksi seperti itu. Mengapa tidak? Kerana seorang bapa yang penyayang meraikan langkah kecil anaknya walau betapa kecil pun langkah itu. Dia tahu langkah itu ialah permulaan perjalanan yang panjang ke arah menjadi orang dewasa yang matang. Dia sabar dengan perkembangan itu dan meraikan setiap kemenangan, walau betapa singkat pun. 







Dengan cara yang sama, Bapa syurgawi anda ingin melihat anda bergerak maju dalam kehidupan rohani anda. Dia mengasihi anda dan meraikan langkah kecil anda.







RENUNGAN:



Yang berikut ialah dua soalan untuk renungan anda hari ini. Apakah yang saya peroleh jika saya tidak melakukan apa-apa? Adakah apa-apa yang saya terlalu takut akan kehilangan? 







Semasa anda mula menjawab soalan di atas, mintalah agar Allah memberikan anda kasih kurnia dan kekuatan yang diperlukan untuk mengambil langkah kepercayaan yang kecil hari ini. Kemudian, luangkan masa untuk bersyukur kepada Allah kerana kesabaran dan pengampunan-Nya yang diberikan kepada anda setiap kali anda berbalik kepada hidup lama dan pemikiran lama anda. 






Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubah...

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami