Info Pelan

Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 8 DARIPADA 15

DOA:



Allah, saya bersyukur kerana Engkau telah membenarkan saya untuk memanggil-Mu Bapa syurgawi. Terima kasih kerana Engkau mengasihi saya dan inginkan saya dekat-Mu. 







BACAAN:



Apabila murid Yesus meminta Dia untuk mengajar mereka cara berdoa, Dia memberikan contoh ini. Dalam pelbagai cara, kita boleh menggunakan doa ini sebagai peta jalan untuk mendekati kehidupan doa kita. Salah satu ajaran yang paling mendalam yang disampaikan oleh Yesus melalui doa ini ditemui dalam tiga perkataan yang pertama, "Ya Bapa kami.”







Semasa menggunakan perkataan "Bapa", Yesus mendefinisikan bentuk hubungan yang boleh kita jalin dengan Allah. Ini merupakan peralihan yang besar bagi pengikut Yahudi abad yang pertama-Nya. Tidaklah biasa untuk mendekati Allah yang maha berkuasa dengan bahasa yang begitu rapat dan mesra. Walau bagaimanapun, mungkin itulah maksud Yesus.







Jika kita memikirkan Allah sebagai bos syurgawi kita atau teladan syurgawi, ataupun kawan syurgawi, maka kehidupan doa kita akan dibentuk secara radikal sekali. Gelaran ini menetapkan jangkaan dan batasan terhadap hubungan ini. 







Bayangkan seorang pekerja memasuki pejabat bosnya dan mengemukakan permintaan. Pastinya ada nada interaksi yang tertentu, rasa hormat. Sekarang, bayangkan anak perempuan berumur lima tahun bos itu memasuki pejabat itu untuk meminta gula-gula. Ia akan mendekati bos itu dalam cara yang amat berbeza, mungkin duduk di pahanya dan meminta dengan yakin. Mengapa tindakan mereka itu berbeza? Bentuk hubungan itu adalah berbeza. Bentuk hubungan anda menentukan tahap akses dan kerapatan. 







Oleh itulah kata-kata Yesus adalah begitu mendalam. Semasa Yesus memberitahu kita untuk berdoa "Ya Bapa kami." Dia menyatakan sesuatu yang radikal tentang hubungan yang kita boleh jalin dengan Allah. Melalui Yesus, kita telah diambil sebagai anak angkat ke dalam keluarga Allah, dan kita boleh mendekati-Nya dengan yakin kerana kita telah dijemput untuk menjalinkan hubungan yang ditentukan oleh akses dan kerapatan.







(Tidak semua orang diberi keistimewaan membesar dengan bapa yang penyayang yang mengutamakan perasaan dan keperluan mereka. Bagi sesetengah orang, idea mengaitkan "bapa" dengan hubungan mereka dengan Allah mungkinlah sesuatu yang menyakitkan. Mungkin masa penyembuhan yang panjang diperlukan sebelum anda boleh menggunakan gelaran itu untuk Allah dengan keyakinan akan kasih-Nya. Namun, jangan membiarkan luka anda untuk mengalihkan perhatian anda daripada maksud utama Yesus dengan penggunaan perkataan "Bapa"—bahawa anda boleh mendekati Allah dengan yakin dalam hubungan akses dan kerapatan. Allah tidak terbatas oleh had dan luka bapa duniawi kita. Dia mengasihi anda sebagai Bapa yang sempurna.)







RENUNGAN:



Hubungan dengan Allah ditentukan oleh akses, kerapatan, dan keyakinan. Biarlah itu meresap ke dalam fikiran anda. Sungguh luar biasa bahawa melalui Yesus kita boleh memiliki bentuk hubungan tersebut dengan Allah!



Luangkan masa dan mencatatkan jurnal anda. Semasa anda menulis, mintalah Roh Kudus untuk menunjukkan bagaimana Allah inginkan hubungan yang rapat dengan anda, anak-Nya. 



Bagaimanakah hubungan anda dengan Allah sekarang ini? Adakah lingkungan hati atau hidup anda yang teragak-agak untuk mempercayai-Nya? Bagaimanakah rupanya jika anda mendekati Bapa dengan keyakinan penuh bahawa Dia mengasihi anda dan ingin mendekati anda?     






Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubah...

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami