Info Pelan

Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 2 DARIPADA 15

DOA:



Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan saya identiti yang baru sebagai anak lelaki atau anak perempuan-Mu. Ajarlah saya maknanya hari ini.






BACAAN:



Banyak orang memulakan perjalanan rohani mereka kerana mereka mengalami kehampaan dan akibat keputusan serta kelakuan mereka yang sering kalinya menyakitkan. Terdorong oleh keinginan akan perubahan, mereka datang ke gereja atau memutuskan untuk menyertai sesuatu kumpulan. Keinginan akan perubahan tidaklah salah. Sebenarnya, itulah yang diingini Allah bagi anda. 







Walau bagaimanapun, titik permulaan-Nya untuk proses perubahan kerap berbeza daripada titik permulaan kita.







Biasanya, kita ingin mengambil jalan yang paling cepat kepada perubahan, jadi kita menumpukan perhatian pada kelakuan yang diharapkan berbeza. Kita cuba memaksa diri untuk berubah dengan keazaman semata-mata. Ini menyebabkan kitaran kegagalan dan rasa malu yang menghampakan. Mengapa? Kerana masalah kita adalah lebih mendalam daripada kelakuan kita.







Bayangkan anda melihat domino besar yang akan jatuh, dan anda sedar akibatnya adalah teruk. Anda bergegas ke arahnya dan menggunakan seluruh kekuatan dan tenaga anda untuk menghalang domino itu daripada jatuh. Anda berjaya menegakkannya tetapi melihatnya terjongket lagi. Anda mengulangi kitaran ini, kadang-kadang tidak berjaya dan kadang-kadang berjaya. Walau bagaimanapun, kemenangan anda tidak bertahan lama. Kemudian, seseorang meminta anda untuk berundur daripada kerja yang meletihkan itu dan memantau situasi itu daripada sudut pandangannya. Sesudah anda berundur, anda dapat melihat domino itu daripada sudut yang lain dan menyedari bahawa domino itu merupakan domino yang terakhir dalam deretan domino itu, setiap satunya jatuh mengenai domino seterusnya, sehinggalah ke domino yang terakhir. Perspektif yang baru ini menolong anda untuk melihat bahawa jika anda betul-betul ingin menghentikan domino yang terakhir itu, anda perlu mula lebih awal lagi.







Allah mengetahui bahawa kegiatan kita berpunca daripada identiti kita. Maka, proses perubahan-Nya bermula dengan memberikan kita identiti yang baru sebagai anak lelaki atau anak perempuan Allah, yang dikasihi dan dihargai pada pandangan-Nya. Perubahan yang sebenar mesti bermula di tahap hati yang asas ini dan mempengaruhi kelakuan kita. 







Memanglah mengecewakan untuk menyedari bahawa masalah kita berakar lebih mendalam daripada fikiran kita, tetapi memanglah menggalakkan untuk menyedari bahawa Allah melakukan kerja dasar bagi kita. Dia terikat untuk melengkapkan perubahan yang telah dimulakan-Nya.







RENUNGAN:



Luangkan masa untuk bertenang di hadapan Allah. Tiada gangguan. Tiada domino. Mungkin memakan masa untuk menghentikan motor anda dan bertenang secara dalaman. Bersabarlah; terus melakukannya. Semasa anda rasa tenang, mintalah Allah untuk menyedarkan anda akan kehadiran-Nya. Mintalah Dia untuk mendedahkan lingkungan hati anda yang Dia ingin ubah dan perbaharui.






Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubah...

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami