Info Pelan

Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 6 DARIPADA 15

DOA:



Allah, tolonglah saya untuk terus berhubungan dengan-Mu hari ini. 







BACAAN:



Memanglah mudah untuk salah membaca ayat dalam Galatia ini. Ayat ini kerap salah dipetik sebagai "buah-buah" Roh. Paulus seolah-olahnya memberikan kita satu senarai sifat yang berbeza dan tidak berkaitan yang ada dalam hidup pengikut Yesus. Namun, Paulus tidak mengatakan "buah-buah"; ia secara khususnya mengatakan "buah". Ia menggunakan kata nama bentuk mufrad. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan oleh Paulus?







Ahli teologi abad ke-18, Jonathan Edwards, mengajar tentang idea ini, katanya, “… Nampaknya semua adab keKristianan terangkai dan berkaitan, maka saling berhubungan dan saling bersandaran.”







“Terangkai” merupakan cara abad ke-18 yang menarik untuk mengatakan "semua adab keKristianan" bersangkut-paut. Ini bermaksud kita tidak bertumbuh dalam satu atau dua lingkungan sahaja dan membiarkan lingkungan yang lain. Pertumbuhan rohani yang sebenar bermaksud semua sifat ini akan berkembang serentak. 







Pemahaman ini adalah penting; jika tidak, memanglah mudah untuk membaca ini sebagai senarai tugas— atau senarai "hajat". Kita rasa tertekan untuk menghasilkan sifat ini melalui keazaman dan usaha. Berdasarkan pembawaan dan personaliti kita, sesetengah daripada sifat ini diamalkan dengan mudah. Walau bagaimanapun, sifat yang lain rasa mustahil—dan kita mungkin berfikir bahawa Allah tidak berminat untuk mengubah bahagian tersebut.







Namun, jika kita bercakap tentang buah, bukan buah-buah, wujudnya simetri pada pertumbuhan kita. Anda tidak mungkin memiliki sukacita tanpa kasih, damai sejahtera tanpa lemah lembut, kebaikan tanpa penguasaan diri—sekurang-kurangnya tidak secara kekal sebagaimana yang diinginkan oleh Allah dalam hidup kita. Semua ini terjalin dan bertumbuh bersama-sama. Semua ini bukanlah buah yang berasingan, tetapi aspek yang berbeza pada buah yang sama, buah yang hanya bertumbuh melalui kuasa Allah apabila kita hidup berhubungan dengan-Nya.







Oleh itu, janganlah rasa kecewa tentang keadaan setiap sifat ini dalam hidup anda—ini bukanlah senarai tugas yang anda perlu lengkapkan. Ini merupakan pratonton tidak rasmi tentang kerja yang Allah terikat untuk laksanakan dalam hidup anda sementara anda berjalan bersama dengan-Nya. 







RENUNGAN:



Buah Roh bertumbuh dengan terus bersatu dengan sumber, pokok anggur, iaitu Yesus. Semasa anda berfikir tentang gambaran perkataan ini, apakah keadaan semasa tanah hati anda? Adakah tanah itu kering atau terhidrat dengan baik? Mudah tertanam atau padat? Adakah tumbuhan lain yang bersaing dengan Yesus dalam hidup anda?







Jemputlah Allah untuk bergerak secara baru dalam hati anda dan mintalah Dia untuk menunjukkan rupanya tetap bersatu dalam kasih-Nya dan bergantung pada kasih-Nya.






Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubah...

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami