Info Pelan

KesabaranSampel

Patience

HARI 5 DARIPADA 6

Melayani Orang Lain dan Kesabaran 



Bila sesuatu perkara itu memakan masa, kesabaran diperlukan. Dalam 1 Petrus 5:6, kita digalakkan untuk merendahkan diri ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kita pada masa yang ditetapkan-Nya. Salah satu cara yang paling baik untuk merendahkan diri adalah melayani orang lain dengan kurnia rohani yang telah diberikan kepada kita oleh Allah. Bacaan hari ini mengingatkan kita bahawa kita semua telah diberikan kurnia rohani. Dengan melayani orang lain, kita melatih kesabaran dengan menggunakan kurnia kita untuk memajukan kerajaan Allah dan bukannya agenda kita. Sama ada kita menerima penghargaan atau sebaliknya bukanlah tumpuan pelayanan. Tujuan pelayanan adalah memuliakan Allah dan melayani orang lain. 



Saya diajar bahawa ketika anda melayani orang lain, fokus anda beralih dan anda menerima perspektif yang baru tentang situasi anda. Saya menggalakkan anda untuk mendengar keperluan orang lain dengan sabar dan melayani mereka dengan kurnia yang telah diberikan oleh Allah kepada anda.



Aplikasi



Senaraikan bakat dan kurnia anda



Bagaimanakah anda dapat melayani orang lain dengan kurnia dan bakat anda?



Doa



Allah yang dikasihi, saya bersyukur kerana bakat dan kurnia yang telah Engkau berikan kepada saya. Roh Kudus, tolonglah saya untuk menggunakan kurnia tersebut untuk melayani orang lain dengan sabar. Amin


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami