Info Pelan

KesabaranSampel

Patience

HARI 4 DARIPADA 6

Pengasuhan dan Kesabaran



Kita ialah bangsa yang terpilih, umat Allah sendiri. Bacaan hari ini mengingatkan kita bahawa sebelum kita mengenali Kristus, kita mempunyai rasa identiti yang sumbang. Kesabaran kita menjadi matang apabila pemahaman kita akan identiti baru kita dalam Kristus bertambah. Kita mengetahui siapa kita ini, kita ini milik siapa, dan siapa itu Bapa syurgawi kita. Apabila kita benar-benar mengetahui bahawa kita dikasihi dan diterima oleh Allah, kita boleh berharap atau menghadapi keadaan yang susah dengan sabar. 



Pengasuhan pasti akan menguji kesabaran kita, terutamanya semasa kita perlu mendisiplinkan anak kita. Apabila anak saya merasakan penyataan kasih sayang saya, kepercayaan mereka terhadap saya sebagai penjaga mereka akan bertambah. Anak perempuan bongsu saya suka gula-gula, tetapi saya tidak mengizinkannya untuk makan gula-gula sebagai makanan malam. Walau bagaimanapun, apabila kepercayaannya terhadap kepimpinan saya bertambah, ia mendapati lebih mudah untuk memberikan respons yang positif terhadap perkataan "Tidak" dan menunggu pencuci mulut dengan sabar. Allah mengasihi kita dan kita boleh berharap kepada penggenapan janji-Nya dalam kehidupan kita dengan sabar kerana kita mempercayai-Nya dan kita mengetahui bahawa kita ialah anak-Nya. 



Aplikasi 



Adakah anda percaya bahawa anda diterima dan dikasihi oleh Allah?



Adakah anda percaya bahawa Allah mengambil berat tentang kepentingan anda?



Bagaimanakah penyataan ini mencabar anda berhubung dengan kesabaran?



Doa



Allah yang dikasihi, tolonglah saya untuk mempercayai dan menyedari bahawa saya adalah istimewa kepada-Mu. Saya bersyukur kerana saya ialah anak-Mu dan kerana Engkau telah memberikan saya satu identiti yang baru. Tolonglah saya untuk mempercayai-Mu dalam setiap situasi. Amin





Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami