Info Pelan

KesabaranSampel

Patience

HARI 1 DARIPADA 6

Ketabahan dan Kesabaran



Menurut Alkitab, ketabahan ketika menghadapi dugaan bermaksud anda perlu berjuang demi kepercayaan anda untuk satu tempoh masa. Musim yang susah ini menghasilkan watak yang lebih kuat sekiranya kita bersedia untuk bersabar. Tidak bersabar secara pasif, tetapi sabar dengan kesedaran bahawa pertempuran itu akan berlanjutan. Memanglah sifat manusia untuk berharap dugaan itu akan berlalu dengan cepat dan diselesaikan, namun Allah menggunakannya untuk membentuk hidup kita. Saya menemukan harapan ketika membaca Yesaya 40:31, Allah memberikan kekuatan baru kepada orang yang berharap kepada-Nya. Ini merupakan satu janji yang menakjubkan, apabila kita berharap kepada Allah, kita sebenarnya menjadi semakin kuat. 



Pengalaman menghasilkan dan mengimpikan The Kristen Collection memanglah mengujakan. Buku pertama kami dalam koleksi ini mengajar gadis tentang kesabaran. Salinan pertama memakan lima tahun. Kami bersyukur kepada Allah kerana memperkasakan kami untuk bertabah dengan sabar, dan kami percaya banyak keluarga akan diberkati melalui koleksi ini. 



Di Afrika Selatan, kami diberkati dengan cuaca yang baik, dan kami menghabiskan banyak masa di luar rumah. Baru-baru ini, kami menyaksikan salah satu kurnia Allah yang indah dalam alam semula jadi--iaitu, burung helang. Ia merupakan burung yang agung. Setiap kali kami melihatnya, kami diingatkan tentang burung rajawali yang dirujuk sebagai simbol kekuatan oleh Allah dalam firman-Nya. 



Marilah berharap kepada Allah dengan sabar dan mengalami serta melihat bagaimana Dia betul-betul memperbaharui kekuatan kita semasa kita berharap kepada-Nya.



Aplikasi



Adakah anda berputus asa dengan mudah?



Apakah kekecewaan terbesar anda pada masa ini?



Doa



Allah yang dikasihi, penuhilah saya dengan harapan dan keberanian ketika saya bertabah sepanjang musim hidup saya yang sukar. Saya bersyukur kerana Engkau menunjukkan cara hidup yang baik kepada saya. Memperkasakan saya supaya tidak berputus asa. Amin


Hari 2

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami