Info Pelan

KesabaranSampel

Patience

HARI 2 DARIPADA 6

Kesakitan dan Kesabaran



Tuhan memang terlibat secara peribadi dalam kesakitan dan pergelutan kita. Kasih kurnia-Nya cukup bagi kita ketika Dia menguatkan kita pada waktu yang sukar. Sama ada kegagalan perniagaan, bencana keluarga, kerenggangan hubungan, atau krisis iman, gunung seperti ini boleh membuat kita berasa hendak pitam. Jangan putus asa! Kasih kurnia Allah cukup untuk membolehkan kita menghadapi waktu sukar seperti ini. Ketika Daud menulis Mazmur 27, ia jelasnya menghadapi keadaan yang genting. Namun, ia sedar bahawa Allah adalah kekuatannya dan ia berharap kepada Allah dengan sabar. 



Saya mementingkan hubungan. Sekiranya anda sama seperti saya, tuduhan atau konflik hubungan tidak tertanggung. Semasa menghadapi kerenggangan hubungan, saya belajar untuk berharap kepada Allah dengan sabar. Sekiranya saya sudah cuba sedaya upaya untuk memulihkan suatu hubungan, hal yang dapat saya lakukan seterusnya adalah berharap kepada Allah untuk membawa perdamaian. Tidak selalunya mudah untuk menghadapi kesusahan apabila anda tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah situasi itu. Walau bagaimanapun, musim seperti inilah yang membantu mengembangkan kesabaran kita. 



Aplikasi



Adakah anda sedang menghadapi krisis atau menahan kejerihan?



Bagaimanakah anda dapat memperoleh kasih kurnia Allah secara praktis untuk memperkasakan anda untuk bersabar pada waktu ini?



Doa 



Allah yang dikasihi, saya bersyukur kerana kasih kurnia-Mu yang menakjubkan yang memperkasakan saya untuk berharap dengan sabar. Terima kasih kerana sukacita dan kasih-Mu semasa waktu sukar saya, amin.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami