Info Pelan

Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 3 DARIPADA 13

Misi Allah


Allah mempunyai misi. Saya yakin. Allah tetap hidup, terlibat, dan bekerja hari ini seperti beribu-ribu tahun dahulu sebagaimana yang tercatat dalam Alkitab. Pada mulanya, Dia mencipta segala-galanya dalam keharmonian, bentuk, dan keindahan yang seimbang. Walau bagaimanapun, kemuncak ciptaan-Nya telah menolak keintiman ilahi. Sejak itu, Allah berusaha memenangi kita semula. Ini merupakan satu cerita tentang kasih sayang yang terutama. Allah terjun ke dalam tasik yang beku apabila kita jatuh ke dalamnya. Dia berlari ke dalam bangunan yang terbakar apabila kita terperangkap di dalam bangunan itu. Dia meleburkan hati kita yang tidak berperasaan, apabila kita mengasingkan diri dan mengubui diri dalam ketakutan, kebencian, keseganan, atau rasa tidak yakin kita. Namun, perkara yang paling baik adalah, Dia memanggil kita untuk menyertai-Nya dalam misi berharapan ini.


Pada suatu masa dulu kita merupakan musuh Allah, memilih allah-allah yang palsu. Dia sangat mengasihi kita sehinggakan Dia mengutus dan menyerahkan anak tunggal-Nya. Bagi kita. Musuh-Nya. Inilah contoh yang ditunjukkan kepada kita. Harapan kita, dan misi yang kita dipanggil untuk menyertai adalah mengasihi musuh kita. Ini merupakan kerja penginjilan terbesar yang mungkin kita lakukan. Ini adalah lebih daripada kata-kata dan lebih daripada perbuatan. Ini adalah gaya hidup yang menyertai misi Allah. Apabila dunia ini melihat pergerakan orang yang memiliki cukup kawalan diri untuk tidak melawan balik, cukup belas kasihan untuk menemukan perpaduan, dan cukup kerendahan diri untuk menyedari kekuatan dalam kelemahan, maka dunia ini akan mengenali Kristus dalam bentuk-Nya yang sebenar—bentuk salib.


Joey Armstrong
Life.Church Broken Arrow


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami