Info Pelan

Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 6 DARIPADA 13

Mengasihi Orang yang Tidak Mudah Dikasihi


Berdasarkan standard gereja, saya adalah agak baik. Saya “mengasihi orang yang berdosa, membenci dosa” sehingga saya terpaksa mengamalkan klise ini. Kehidupan saya berputar-putar kerana pengkhianatan yang mendalam ini. Saya perlu membuat pilihan: meninggalkan hubungan atau mengasihi seseorang yang tidak menghiraukan penderitaan yang dikenakan terhadap saya, tanpa rasa belas kasihan atau penyelesaian yang kelihatan.


Saya memohon bersungguh-sungguh untuk kebijaksanaan daripada Allah. Apakah yang patut saya lakukan? Pada saat inilah Allah mendedahkan sesuatu kepada saya—hati pengkhianat saya. Hal yang berlaku terhadap saya adalah seperti kata pepatah "orang yang disakiti akan menyakiti orang lain'. Orang berkenaan mengalami keadaan kacau-bilau. Malangnya, ia tidak tahu cara untuk mengatasinya atau ke mana ia harus membawanya, maka, ia dibawa kepada saya.


Satu perkara yang melucukan berlaku apabila kita mula menumpukan perhatian pada hati seseorang dan bukannya pada tingkah laku mereka. Kita menjadi berbelas kasihan—seperti Yesus. Tiba-tiba, hal yang penting bukan lagi diri saya dan bagaimana saya dilukai. Sebaliknya, cara mengasihi mereka meskipun dalam penderitaan mereka.


Saya percaya inilah yang dikatakan oleh Yesus dalam Khutbah di atas Bukit-Nya yang berkuasa. Betapa mudahnya mengasihi orang yang baik hati terhadap kita. Orang tidak percaya berbuat demikian juga. Berkemungkinan besar, mereka bukanlah orang yang paling memerlukan kasih. Secara jujur, orang yang paling memerlukan kasih mungkinlah rakan sekerja yang menikam dari belakang, pasangan yang berbohong, remaja yang suka melawan, atau pelayan yang bersikap teruk di tempat makan tengah hari. Mengamalkan kasih seperti Yesus adalah sesuatu yang mengubah kehidupan. Iaitu, mengasihi dengan memikirkan keabadian. Memanglah berisiko, tetapi memang berbaloi!


Shannon Morrison
Life.Church South Oklahoma City


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami