Info Pelan

Mengasihi Seperti YesusSampel

Love Like Jesus

HARI 7 DARIPADA 13

Berbaris di Bank


Saya sentiasa rasa bingung tentang status sosial. Mengapakah manusia meninggikan orang tertentu sahaja? Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kedudukan seseorang pada tiang totem sosial: kemasyhuran, kekayaan, keupayaan, kecantikan, keperibadian, gelaran, warisan dan sebagainya.


Saya rasa saya mula sedar akan kepelbagaian tahap kepopularan di sekolah menengah, tetapi sehingga dewasa pun saya memerhatikan bahawa kita dengan sebulat suara membuka jalan bagi sesetengah orang, dan tidak mempedulikan sesetengah orang yang lain. Kita mengatur diri, menempatkan sesetengah orang dahulu dan sesetengah orang yang lain kemudian.


Setahun selepas saya berpindah ke sebuah bandar yang besar, saya membuat kesilapan ke mesin ATM pada suatu hari Sabtu. Dalam perjalanan menemui teman janji temu yang ingin ditarik perhatiannya, saya berbaris bersama banyak orang yang tidak sabar dan memerlukan wang untuk hujung minggu. Asyik mengelamun, saya tidak sedar akan kekecohan yang berlaku di depan saya. Walau bagaimanapun, tangisan dan makian menarik perhatian saya, dan saya melihat seorang wanita berambut kusut yang cuba mengawal emosinya sementara melengkapkan urus niaganya. Saya merenung wanita itu, kemudian melihat orang yang berbaris di depan dan di belakang saya. Setiap orang mengelakkan hubungan mata, dan secara sopan (atau dengan tidak sabar) tidak mempedulikan wanita yang menghadapi krisis itu. Wanita itu membatalkan urus niaganya, kemudian berpaling kepada kami dan berkata, “Ayah saya baru meninggal dunia.” Ia bukannya meminta maaf, tetapi memberikan penerangan. Apabila ia tidak mendapat sebarang respons, ia berpaling, masih menangis, dan berjalan ke arah tempat letak kereta. Saya melihat sekitar saya dengan harapan ada orang yang akan menghulurkan bantuan. Saya berasa menyampah, kerana saya sedar bahawa kaki saya tidak bergerak dari sana kerana saya tidak mahu kehilangan tempat saya dalam barisan yang semakin panjang itu.


Berapa kerapkah kita mengutamakan agenda diri kita daripada mengasihi orang lain seperti yang dipanggil oleh Yesus? Berapa kerapkah kita tidak menghiraukan orang yang berharga kepada Kristus kerana kita menentukan nilai mereka dengan cara yang dangkal? Ketika di mesin ATM itu, saya perlu pergi ke satu tempat dan perlu menarik perhatian seseorang. Wanita itu bukan seseorang yang penting kepada saya, dan dengan sikap mementingkan diri, saya rasa saya tidak dapat meluangkan masa untuknya. Namun, Kristus tidak memanggil kita untuk melayani-Nya bila senang sahaja. Dia tidak menyuruh kita untuk melayani orang yang kita rasa berbaloi diberikan perhatian kita sahaja. Dia akan menunggangbalikkan keutamaan kita—daripada ratu tari-menari sekolah kepada bintang filem lucah, atau daripada penagih dadah kepada atlet—dan menyatakan bahawa meskipun label kita yang dangkal, orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu.


Sekarang, wanita yang sedih itu menghadapi kesukaran membuka kunci keretanya, dan saya perasan diri saya berlari menujunya. Ia telah menjadi keutamaan saya apabila hati saya dipenuhi belas kasihan terhadapnya. Ia kelihatan terperanjat, lalu saya mengucapkan, “Saya bersimpati terhadap kehilangan kamu.” Mukanya berkedut dan ia menangis teresak-esak sementara saya memeluknya. Ia menjadi tenang selepas seketika dan mengucapkan terima kasih kepada saya sebelum memasuki keretanya dan meninggalkan tempat itu. Saya berjalan balik ke mesin ATM itu dan semua orang menyibukkan diri dengan telefon bimbit masing-masing, sengaja tidak mengendahkan saya.


Saya pun mengambil tempat di hujung barisan itu.


Beth Castle
Life.Church Pasukan Media Kreatif (Pasangan)


Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Love Like Jesus

Bagaimanakah kita dapat belajar untuk hidup seperti Yesus sekiranya kita tidak mengasihi seperti-Nya dahulu? Bacalah bersama dengan kakitangan Life.Church dan pasangan mereka ketika mereka menceritakan semula pengalaman ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.life.church

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami